Kedudukan Ringgit adalah stabil


KUALA LUMPUR 19 Mac - Kadar pertukaran ringgit dipengaruhi terutamanya oleh aliran dua hala portfolio dan perdagangan mencerminkan perkembangan luaran dan dalam negeri. Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laporan tahunannya berkata, ringgit secara relatifnya stabil dalam empat bulan pertama 2013 dan diurusniagakan dalam julat antara RM3.0040 hingga RM3.1400 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Katanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang berakhir pada awal bulan Mei lalu menyumbang kepada pengukuhan ringgit dengan nilai ringgit mencecah RM2.9600 berbanding dolar AS pada 6 Mei 2013 iaitu paras tertinggi sejak 2 Ogos 2011. "Pada 2013, kebanyakan mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit, menerima kesan daripada perkembangan berkaitan dengan kemungkinan pengecilan skala program pembelian aset di AS. "Jangkaan pasaran terhadap pengurangan dalam program pembelian aset oleh Fed telah mendorong kebalikan dalam aliran portfolio daripada kebanyakan pasaran kewangan serantau lantas menyebabkan kebanyakan mata wang serantau menyusut nilai sejak bulan Mei hingga Ogos," katanya. Bagi 2013 secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak 6.8 peratus untuk mengakhiri tahun ini pada paras RM3.2815 berbanding dolar AS. Tambahnya, ringgit juga menyusut nilai berbanding euro dan pound sterling tetapi menambah nilai berbanding yen. Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur. Kadar Pertukaran Efektif Nominal (NEER) ringgit, iaitu pengukur prestasi ringgit berbanding mata wang rakan perdagangan utama Malaysia menyusut nilai sebanyak 2.2 peratus.

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item