Bursa Malaysia mahu banyakkan pelabur runcit

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/04/bursa-malaysia-mahu-banyakkan-pelabur.html
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Atan berkata, pada Mac lalu, 22.46 peratus daripada perdagangan dalam pasaran saham adalah pelabur runcit tempatan, berbanding purata bulanan tahun lalu pada 22 peratus.
Katanya, pelabur runcit dan pedagang akan mendapat manfaat kerana semua individu mempunyai akses untuk berhubung kepada data pasaran besar dan instrumen analisis seperti peralatan kuantitatif AlphaFactor daripada S&P Capital IQ yang sebelum ini hanya digunakan untuk pakar dan institusi pelaburan.
"Melalui portal ini, kami menyediakan 'pasaran di poket' dengan menawarkan akses dalam talian bagi maklumat komprehensif, objektif dan tepat mengenai pasaran negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran BURSAMKTPLC di sini hari ini.
Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
BURSAMKTPLC adalah pasaran dalam maya yang memberikan kemudahan kepada pelabur dan pedagang untuk mendapatkan ulasan komprehensif berserta maklumat dan pandangan mengenai pasaran Malaysia.
Portal terbabit menawarkan pengalaman unik kepada pengguna dan menarik pelabur terutama pelabur baharu, mengakses maklumat pasaran, pandangan pasaran, berkongsi idea dan meningkatkan pengetahuan kewangan masing-masing.