FGV perkukuh hubungan perniagaan di Turki

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/04/fgv-perkukuh-hubungan-perniagaan-di.html
Selain itu, FGV juga menjalinkan hubungan untuk membekal minyak mentah isirung sawit (CPKO). Pengarah FGV-CNS Dr Krzysztof Koziol berkata, melalui perjanjian itu, FGV-CNS akan membekalkan Nanokomp dengan bekalan berterusan grafin dan CNT.
Perjanjian itu dimeterai dalam satu majlis di Ankara, Turki, baru-baru ini yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri oleh Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Emir Mavani Abdullah.
FGV-CNS yang ditubuhkan di Universiti Cambridge, United Kingdom ialah syarikat pertama dunia yang mengeluarkan grafin bergredtinggi dan CNT daripada lebihan tanaman kelapa sawit, seperti gas metana yang dibekalkan FGV.
Pengarah Urusan Nanokomp, OnderGuney berkata, grafin dan CNT dihasilkan FGV-CNS berkualiti tinggi dan melebihi standard bahan itu yang berada di pasaran ketika ini.
Selain itu, memorandum persefahaman turut ditandatangani antara FGV dan EvyapSabun Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Evyap Group Turkey yang melabur AS$200 juta (RM648 juta) di Loji Kimia Oleo di Tanjung Langsat, Johor.