Foto Lawatan Presiden AS Barack Obama Ke Masjid Negara

Lawatan ke Masjid Negara.
Presiden AS barack Obama melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kedua dari kanan) dan Abdul Rashid Md Isa.

 Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (Di belakang Obama) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri), mengunjungi Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri disemadikan.

Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri) berjalan ke arah Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan.

Presiden AS Barack Obama memberikan penghormatan di Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan. Beliau diiringi oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri).


KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, hari ini melawat ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan, menjadikan beliau Presiden negara yang pertama untuk berbuat demikian.

Obama disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad pada pukul 9.45 pagi dan dibawa melawat ke ruang solat utama Masjid Negara.

Sejurus itu, Obama dibawa ke Makam Pahlawan di mana bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Ghafar Baba telah disemadikan.

Obama kemudian memberikan penghormatan kepada negarawan Malaysia itu.

Obama turut diiringi oleh Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara, Abdul Rasyid Mohd Isa, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Persidangan Islam, Rashad Hussain.

Beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya sebelum merasmikan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya petang nanti.














Related

News 7591877355263774480

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item