Foto Menarik Disebalik Ketibaan Barack Obama ke Malaysia

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/04/foto-menarik-disebalik-ketibaan-barack.html
Seorang penunjuk perasaan beraksi seperti 'zombi' atau mayat hidup bagi menunjukkan bantahan terhadap lawatan presiden Amerika Syarikat ke Malaysia.
Antara poster yang dibawa oleh penunjuk perasaan yang membantah Perjanjian Bebas Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) di Kuala Lumpur.
Seorang penunjuk perasaan memegang poster bantahan terhadap lawatan Barack Obama. Dianggarkan perhimpunan menarik beberapa ratus penunjuk perasaan.
Penunjuk perasaan di luar Masjid Negara membantah lawatan Barack Obama ke masjid itu. Kumpulan itu menganggap Obama sebagai musuh Islam.
Pelbagai kain rentang dan poster oleh penunjuk perasaan yang membantah lawatan Barack Obama. Bantahan diadakan di Masjid Negara.
Penunjuk perasaan membakar replika bendera Amerika Syarikat di Manila, Filipina sebagai bantahan kunjungan Obama.
Pelbagai kain pemidang dan poster oleh penunjuk perasaan di Manila, Filipina memabtah kedatangan Obama ke negara itu.
Antara poster yang dibawa oleh penunjuk perasaan yang membantah Perjanjian Bebas Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) di Kuala Lumpur.
Poster bantahan perjanjian perdagangan TPPA oleh penunjuk perasaan dibawa ke satu perhimpunan membantah lawatan Obama ke Malaysia
Sekumpulan 'zombie' menarik perhatian pengunjung di depan kompleks beli-belah di Kuala Lumpur bersempena dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia, hari ini.
Sekumpulan 50 zombie itu merupakan peserta demostrasi anjuran Gabungan Badan Bertindak Membantah TPPA (Bantah) yang menentang kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Timbalan Pengerusi Bantah, Azwan Awang yang memulakan ucapan pembukaan berkata, kumpulan itu khuatir dengan kedatangan Obama ke negara ini menandakan Malaysia akan memeterai perjanjian TPPA walaupun ia dinafikan oleh kerajaan.
"Kita khuatir sekiranya perjanjian TPPA ini berlaku kerana ia bermakna rakyat semua bakal berdepan dengan kesukaran mendapatkan rawatan kerana harga ubat yang mahal.
"Perjanjian TTPA juga bermakna Malaysia akan terdedah dengan risiko disaman," katanya di depan pusat beli-belah Sogo, hari ini.
Flashmob yang berlangsung kira-kira sejam itu turut menyelitkan adegan lakonan karakter 'Uncle Sam' yang diterjemahkan sebagai kerajaan AS yang enggan memberikan ubat kepada kumpulan zombie tersebut.
Wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan Arumugan, berkata kepada The Malaysian Insider acara flasmob yang berlangsung hari ini sengaja dibuat sempena kedatangan Obama.
"Kita memang sengaja pilih tarikh ini, supaya tekanan dapat dilakukan, dan orang ramai dapat melihat apakah tujuan kedatangan Obama ini," katanya.
Beliau berkata, gerakan itu mendesak Najib untuk membatalkan perjanjian TPPA.
"Kita mahu dengan kehadiran Obama maka kesempatan diambil untuk bercakap dengan presiden itu untuk membatalkan perjanjian TPPA," katanya.
Ketika flashmob berlangsung, salah seorang peserta zombi pengsan namun pihak penganjur pantas mengawal situasi.
Situasi itu tidak mendatangkan kekecohan kerana orang ramai menyangka ia merupakan sebahagian daripada gimik flasmob berkenaan.
Flashmob bantah TPPA kali pertama diadakan pada Februari lalu yang memberikan fokus kepada salah satu bidang terkandung dalam perjanjian itu, iaitu kesan terhadap harga ubat-ubatan.
Sivarajan berkata, karakter zombie dipilih sebagai terjemahan kepada rakyat sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat terkesan dengan penjajahan kuasa AS.
Kunjungan Obama ke Malaysia dalam lawatan tiga harinya itu adalah yang pertama dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden AS, Lyndon Johson pada 1966. – 26 April, 2014.