Insentif cukai kepada pelabur budiman


Kerajaan menawarkan Insentif Cukai Budiman berbentuk potongan cukai pendapatan individu sehingga RM500,000 setahun kepada sesiapa yang menyediakan dana kewangan kepada entiti-entiti perniagaan kecil.

Insentif itu merupakan usaha kerajaan bagi menggalakkan pelabur-pelabur individu supaya turut menyumbang atau membantu entiti perniagaan kecil, khususnya dalam sektor berkaitan teknologi terpilih. Pelabur-pelabur berkenaan digelar sebagai pelabur budiman (angle investor).

Presiden Malaysian Business Angel Network (MBAN), Richard Wong berkata, konsep pelaburan oleh individu-individu persendiran masih baharu di negara ini, tetapi beliau percaya ada pihak telah memulakannya namun kurang diketahui ramai.

'Insentif itu sedikit sebanyak merupakan daya penarik kepada pelabur yang mungkin berhadapan risiko terhadap setiap perniagaan yang dilaburkan.

'Kaedah itu telah diperkenalkan di pelbagai negara sehingga menyaksikan setiap perniagaan yang dilaburkan itu berjaya,' katanya kepada pemberita selepas program pertemuan pelabur-peniaga yang diadakan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Pelaburan Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Harlida Mohamed.

Antara kriteria bagi menjadi seorang Pelabur Budiman ialah pendapatan sebulan minimum RM15,000 atau pendapatan setahun RM250,000 untuk pelabur berpasangan contohnya suami isteri

Jelas Harlida pula, penetapan itu dibuat oleh kerajaan agar pelabur-pelabur merupakan individu yang mempunyai pendapatan kukuh dan terlindung daripada sebarang risiko.

'Paras itu adalah tahap pendapatan golongan profesional di negara ini. Kami menyasarkan pelabur-pelabur ini terdiri daripada golongan tersebut,' katanya lagi.

Pemotongan cukai hanya bermula pada tahun ketiga pelaburan bagi memastikan pelabur menyumbangkan pelaburan untuk jangka masa yang panjang.

MBAN dimulakan oleh Cradle Fund, iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Kewangan bagi membantu perniagaan-perniagaan kecil mendapatkan sumber kewangan untuk melicinkan operasi, terutama dalam sektor berkaitan teknologi.

Tahun ini, MBAN akan menjalankan beberapa siri program penyesuaian antara pelabur-peniaga bagi mengumpul lebih ramai Pelabur Budiman.

Related

Malaysian News 3741597591798947563

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item