Jadual lawatan 3 hari Barack Obama ke Malaysia

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/04/jadual-lawatan-3-hari-barack-obama-ke.html
Presiden Barack Obama akan melawat Malaysia, lawatan pertama oleh Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia sejak Lyndon Johnson. Selepas majlis meraikan ketibaan, beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agong dan menghadiri Majlis Makan Malam Negara malam itu.
Pada hari Ahad, 27 April, Presiden akan bermula dengan lawatan kebudayaan ke Masjid Negara di Kuala Lumpur. Beliau akan menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, makan tengah hari dan sidang akhbar. Selepas itu kedua-dua pemimpin akan menuju ke Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Malaysia telah menjadi tuan rumah sidang kemuncak keusahawanan, yang berkembang daripada inisiatif Presiden tahun lepas. Semua ini dilakukan dengan cemerlang, dan disusuli dengan beberapa inisiatif yang memberi tumpuan kepada keusahawanan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi Malaysia serta pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik secara lebih meluas.
Selepas lawatan tersebut, Presiden akan berkunjung ke Universiti Malaya, di mana beliau akan menghadiri satu perjumpaan townhall dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara. Acara ini amat menarik kerana kami telah menjemput anak-anak muda dari kesemua 10 negara ASEAN untuk datang ke perjumpaan ini. Presiden memberi ucapan di sana, serta berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin muda ini. Kami akan melancarkan Inisiatif Pemimpin-Pemimpin Muda Asia Tenggara (Young Southeast Asian Leaders Initiative), satu inisiatif serupa yang kami buat di Afrika, untuk membina hubungan di seluruh Asia Tenggara serta menyelaras strategi lebih luas yang melibatkan negara-negara ASEAN--sekali lagi, bukan sahaja di peringkat pemimpin, tetapi di peringkat pemimpin muda juga.
Pada petangnya, beliau juga akan bertemu dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia.
Pada pagi Isnin, Presiden akan berlepas ke Filipina, untuk menghadiri program dua hala dengan Presiden Aquino dan sidang akhbar bersama.
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sedang melakulan lawatan ke empat negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia.
Beliau dijadulkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu untuk lawatan tiga hari.
Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menarik perhatian kepada hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan presiden Amerika ke-44 itu.
"Ini akan memastikan perbincangan dua hala berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif sambil kita meneliti cara untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada suatu perkongsian komprehensif," katanya.