Obama, Najib saksi tandatangan tiga MoU pelbagai sektor




KUALA LUMPUR: AirAsia X mendantangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding) bersama GE yang bernilai $1.5 bilion (RM4.91 bilion) yang disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.



Menurut perjanjian tersebut, GE akan menyediakan 50 enjin dan penyelenggaraan untuk 25 pesawat baharu Airbus A330 milik AirAsia X, anak syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh milik kumpulan kumpulan AirAsia.

Perjanjian ini akan memberi sokongan kepada 25,000 pekerjaan penyelenggaraan enjin untuk GE di Cincinnati, Ohio, Durham, North Carolina, Rutland, Vermont dan juga perkerjaan kepada 150 pembekal GE di 34 negeri.


Susualan itu, Air Asia telah menempah 600 enjin GE atas aspek teknikal, kecekapan minyak dan harga yang kompetitif.

MoU ditandatangani oleh CEO Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Naib Pengurusi, Presiden dan CEO GE Global Growth & Operations John G Rice.

Sementara itu, Sime Darby akan mengambil pegangan sebanyak 30 peratus dalam Verdezyne, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di San Diego.


Syarikat berkenaan akan menggunakan pelaburan berkenaan sebagai dana untuk usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mewujudkan 300 pekerjaan.

Kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia AmBank Group pula menandatangi MoU bersama MetLife atas usaha menubuhkan satu perkongsian untuk mengembangkan insurans hayat di rantau ini, termasuk produk khusus untuk pelanggan Islam menerusi Takaful.

Dalam perjanjian tersebut, MetLife akan memiliki 50 peratus dan satu saham dalam anak syarikat AmBank Insurance, AmLife.  Baki saham akan dimiliki oleh AmBank. Ia akan memberi sokongan dan meningkatkan kepakaran pekerja di Amerika Syarikat dan Malaysia.


UMOFX knows, delivers and performs what trader need












Antara Berita Lain:

Najib, Obama lancar MaGIC di Cyberjaya, bukti kerjasama AS-Malaysia dalam keusahawanan





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini melancarkan secara rasmi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.

Obama, yang dalam lawatan tiga hari ke Malaysia, singgah di Cyberjaya bagi mendengar taklimat mengenai MaGIC, yang beliau sifatkan sebagai bukti kepada kerjasama penting Malaysia-AS.

Pemimpin Amerika Syarikat itu meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu dan berbual dengan pelajar dan usahawan muda terpilih.

Dalam ucapannya, Obama berkata, Malaysia dan AS mempunyai komitmen bersama untuk menggalakkan keusahawanan terutamanya dalam kalangan golongan muda.

"Kami mahu anda dapat mewujudkan benda-benda dan memulakan syarikat anda sendiri dan perniagaan, dan menghasilkan produk dan perkhidmatan anda sendiri kerana itulah cara masyarakat kita berkembang.

"Impian dan bakat anak-anak muda ini membantu menjana ekonomi kita dan mewujudkan peluang pekerjaan dan mereka juga merapat negara-negara," kata Obama.

Beliau berkata, di seluruh dunia, Amerika Syarikat membantu usahawan muda menghubung dan bekerjasama dan memulakan perniagaan mereka sendiri, berkhidmat kepada masyarakat mereka, menangani cabaran global seperti pendidikan dan perubahan iklim dan MaGIC boleh mengubah idea menjadi realiti.

Penubuhan MaGIC diumumkan Najib pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) tahun lalu di Kuala Lumpur.

GES diilhamkan oleh Obama sendiri tetapi Presiden itu tidak dapat menghadiri sidang kemuncak berkenaan pada Oktober lalu kerana beliau perlu menangani isu penutupan sebahagian operasi kerajaan persekutuan AS.

"Saya bangga menjadi tuan rumah GES pertama di Washington. GES keempat diadakan di Kuala Lumpur tahun lalu dan kesan yang diterima adalah luar biasa. Pusat ini merupakan hasil secara langsung sidang kemuncak itu yang dihoskan Perdana Menteri Najib," kata Obama.

Beliau berkata, kerjasama dan perkongsian idea antara AS dan Malaysia terutamanya dalam kalangan golongan anak muda akan diteruskan kuasa internet.

"Saya berharap untuk melihat banyak lagi perkara hebat pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Najib mengumumkan perkarangan di hadapan bangunan MaGIC akan dikenali sebagai "Obama Oval".

MaGIC bertujuan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik dengan membolehkan pengusaha tempatan dan antarabangsa memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Pusat ini direka untuk menjadi pusat sehenti untuk usahawan, yang akan menyediakan setiap kemudahan yang diperlukan oleh seorang usahawan, daripada mendapatkan pembiayaan bank atau pemodal teroka untuk menyediakan inkubator bagi membangunkan syarikat permulaan untuk memperbaiki produk atau perkhidmatan mereka.

Dengan peruntukkan RM50 juta, pusat itu akan membantu dalam pendaftaran harta intelek dan menawarkan kemudahan untuk latihan dan mentor.

Tambahan RM20 juta juga disalurkan untuk menyokong pembangunan perusahaan sosial.

Sebagai inkubator untuk usahawan muda, MaGIC juga bekerjasama dengan organisasi dan universiti Amerika Syarikat seperti Stanford University dan UP Global untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka.

Related

News 2554325495235960586

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item