Ringgit Lemah Tidak Sukar Bendung Inflasi


Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ringgit tidak jatuh "sebegitu banyak" dan menunjukkan bahawa penurunan mata wang tempatan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk mengawal inflasi.

"Ia bukan satu kebimbangan kerana kami juga mengetahui bahawa ia tercetus akibat daripada langkah pengurangan pembelian bon AS. Ini bukan satu fenomenan yang unik kepada kami, dan kami pernah melihatnya sebelum ini," kata Zeti dalam program wawancara dengan Bloomberg di Washington DC, pada Sabtu.

Sesetengah pasaran sedang pesat membangun mengalami aliran keluar modal yang menyebabkan penurunan mata wang mereka, selepas para pegawai Rizab Persekutan AS kira-kira setahun lalu mula menunjukkan petanda bahawa mereka akan mula mengurangkan program pembelian aset.

Bank pusat AS mengumumkan bahawa ia akan mula mengurangkan pembelian bon mereka pada Disember.

Indeks harga pengguna Malaysia naik 3.5 peratus pada Februari daripada setahun lalu, iaitu kadar paling pantas dalam tempoh lebih daripada 2 1/2 tahun, selepas pihak berkuasa mengurangkan subsidi untuk membendung defisit fiskal.

"Apa yang menyebabkan inflasi ini ialah sebenarnya pelarasan harga oleh kerajaan," kata Zeti.

Beliau berkata ringgit tidak seharusnya diniagakan di peringkat antarabangsa sehingga pasaran pertukaran asing domestik menjadi kukuh.

Menurutnya, perubahan-perubahan utama tidak sepatutnya diperkenalkan dalam tempoh yang tidak stabil seperti ini apabila bank pusat seluruh dunia mula menormalkan dasar mereka.

Related

News 6935940056948417414

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item