Emirates Buka Kaunter Tiket Baharu Di KLIA

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/emirates-buka-kaunter-tiket-baharu-di.html
Ia adalah syarikat penerbangan asing pertama yang mempunyai kaunternya sendiri di lapangan terbang itu, menurut Emirates dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Luar Kawasan Lapangan Terbang Emirates Walter Riggans berkata kaunter itu akan menyediakan peluang terbaik untuk menghubungkan pasaran Malaysia dengan hospitaliti dan jenama Emirates.
"Perantara ini juga akan membolehkan kami berhubung dengan pengunjung dengan lebih rapat dan menunjukkan destinasi yang kami tawarkan serta pelbagai tawaran dalam penerbangan dan perkhidmatan sebelum dan selepas penerbangan," katanya dalam kenyataan.