FGV Dipilih Syarikat Perladangan Kelapa Sawit Terbaik


KUALA LUMPUR, 13 Mei - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menerima Anugerah Kecemerlangan Frost and Sullivan 2014 bagi 'Syarikat Perladangan Kelapa Sawit Terbaik' buat tahun kedua berturut-turut.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, syarikat perladangan kelapa sawit terbesar itu berkata anugerah itu memperakui amalan terbaiknya dalam operasi perniagaan dan prestasi cemerlang pada 2013.

FGV dikenal pasti untuk menerima anugerah itu berasaskan temu bual menyeluruh, analisis dan penyelidikan sekunder meluas yang dilakukan oleh Frost & Sullivan.

"Penilaian itu termasuk perolehan, penguasaan pasaran, keupayaan dan amalan terbaik," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Emir Mavani Abdullah berkata kejayaan itu akan memudahkan lagi syarikat berkenaan untuk mentransformasikan kumpulan itu menjadi 10 firma terbaik dunia dalam perniagaan pertanian menjelang 2020.


Related

Malaysia News 4097111880658155666

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item