Foto-Foto Menarik Sekitar Perhimpunan Bantah GST Sempena Hari Pekerja 2014

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/foto-foto-menarik-sekitar-perhimpunan.html
Gambar perhimpunan bantah cukai GST 1 Mei 2014 di Kuala Lumpur Malaysia. Peserta himpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) mula berkumpul di lima lokasi ibu negara antaranya di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Pusat Beli-Belah Sogo, Masjid Negara, Dataran Maybank dan Brickfields bermula pada jam 9.30 pagi. Seterusnya peserta bantah GST akan berarak ke lokasi perhimpunan utama iaitu di Dataran Merdeka. Antara tujuan himpunan bantah GST adalah untuk menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dipercayai membebankan rakyat. Terdahulu, kerajaan dalam bajet 2014 telah membentangkan pelaksanaan GST yang berkuatkuasa mulai 1 April 2015.