Foto Menarik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)



KUALA LUMPUR: Memenuhi ciri lengkap sebuah lapangan terbang, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) turut dilengkapi kemudahan ruang jualan bagi penggemar membeli-belah.

Lebih 200 unit kedai berjenama tempatan dan antarabangsa, restauran dan kafe tersedia menanti pengunjung terminal tambang rendah terbesar di dunia itu.

Menurut Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi, Datuk Azmi Murad, KLIA2 mampu menampung semua keperluan pengunjung dan penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut.

Sementara itu, Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) secara rasmi dikosongkan daripada sebarang penerbangan selepas penerbangan terakhir Airasia ke Kolkata berlepas pada jam 10.30 malam Khamis.

KLIA2 mula beroperasi secara rasmi pada 2 Mei lalu sebelum menyaksikan penyertaan Airasia pada Jumaat.

Ia menampung kapasiti hampir 45,000 penumpang sehari dan 45 juta penumpang setahun.

KLIA2 yang dibina dengan kos RM4 bilion berkeluasan 257,000 meter persegi.

Ia turut dilengkapi dengan 6,000 tempat letak kenderaan.













Related

Malaysia News 1571391079639339717

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item