PayPal Lancar Kempen Jenama Global

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/paypal-lancar-kempen-jenama-global.html
Presidennya, David Marcus berkata, kunci utama kepada kempen itu ialah orang ramai kini lebih berpengetahuan dalam mencari kaedah baharu untuk melakukan bayaran dan PayPal dalam kedudukan di depan dengan menjadikannya lebih mudah dan selamat kepada pelanggan.
PayPal mempunyai peluang dan tanggungjawab membantu masyarakat mengawal serta menggunakan wang mereka di saluran yang mereka mahukan dengan memastikan mereka mendapat pengalaman yang lancar dan menarik setiap kali menggunakan perkhidmatan bayaran dan pemindahan wang dalam talian seperti ini.
Melalui perkhidmatan yang ditawarkan, kami sentiasa memastikan ia lebih praktikal supaya berguna dalam memudahkan pekerjaan seharian setiap individu. Ini selaras dengan keutamaan kempen ini yang meletakkan keutamaan kepada individu berbanding institusi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
PayPal yang diwujudkan sejak 1998 itu telah memudahkan lagi kehidupan lebih 148 juta pemegang akaun di seluruh dunia dan beroperasi dalam 26 jenis mata wang, merentasi 193 pasaran dengan lebih sembilan juta pembayaran setiap hari.
Beliau berkata, kempen itu dibangunkan oleh Havas Worldwide dan akan dipromosikan menerusi pelbagai saluran seperti televisyen, media cetak dan digital di Jerman, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.
Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan satu jenama yang melakukan perkara luar biasa setiap hari bagi memudahkan kehidupan seharian setiap individu dan kami menjadikan itu sebagai satu fokus dalam usaha memberi lebih lagi kepada masyarakat," katanya.
Kempen berkenaan turut melangkaui pemasaran serta menampilkan identiti jenama baharu dan logo PayPal yang dikemaskini supaya kelihatan lebih moden. Identiti baharu itu akan muncul pada produk, komunikasi pemasaran dan cagaran, serta pelbagai saluran dalam talian PayPal termasuk saluran media sosialnya.