Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Paling Pantas


Malaysia paling unggul dalam kalangan lima negara ASEAN berikutan ekonominya yang diunjur mencatat pertumbuhan paling cepat pada tahun ini, kata Institut Penyelidikan RHB.

Lima negara ASEAN itu terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar pantas sebanyak 5.4 peratus tahun ini, selepas sederhana kepada +4.7 peratus pada tahun lalu.

“Permintaan domestik didorong oleh pelaburan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, iaitu berkembang pada kadar sederhana kerana perbelanjaan yang meningkat.

"Ini berkemungkinan dibantu oleh peningkatan dalam permintaan luar untuk eksport negara," kata Institut Penyelidikan RHB dalam laporan tinjauan ekonomi, semalam.

Eksport sebenar dijangka meningkat kepada +4.5 peratus pada 2014 daripada -0.3 peratus pada tahun lalu akibat permintaan kukuh daripada ekonomi maju dan pertumbuhan kekal dalam ekonomi serantau.

Perbelanjaan pengguna diunjur tumbuh pada kadar sederhana 6.0 peratus tahun ini, selepas berkembang pada kadar kukuh +7.6 peratus pada 2013.
Kerajaan pula kekal pada landasan betul untuk mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada KDNK tahun ini berbanding 3.9 peratus tahun lalu.

Dukascopy Bank SA

Ini akan didorong oleh pertambahan hasil berterusan, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, perbelanjaan lebih bijak dan pelaksanaan perubahan dalam perbelanjaan.

Inflasi mungkin meningkat kepada kira-kira 3.0-3.4 peratus tahun ini, daripada +2.1 peratus tahun lalu, selepas mengambil kira satu lagi pusingan kenaikan harga minyak dalam tempoh enam bulan kedua 2014, kata institut penyelidikan itu.

Ia juga berkata bank pusat mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada suku ketiga 2014 kepada 3.25 peratus selepas mengekalkannya tanpa berubah 3.0 peratus sejak lebih dua tahun.

Related

Pengurusan Kewangan 4987649679875895058

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item