7 Habits of Highly Effective People


1. Jadi Proaktif
Fokus kapada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma

2. Mula Dengan
Mengingati Matlamat. Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi.

3. Utamakan Perkara
Penting Dahulu. Mengutamakan perkara yang penting dahulu.

4. Fikirkan Menang–Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Mentaliti Kelebihan”.

5. Usaha Memahami Dahulu
Kemudian Untuk Difahami Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah.

6. Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan

7. Menajamkan Gergaji
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan dan hidup sempurna dari segi fizikal,mental, emosi dan rohani.
Faedah

- Perubahan organisasi yang sebenar bermula dari dalam iaitu dari dalam diri setiap individu yang berada di dalam organisasi.

- Membantu organisasi membina asas kukuh bagi pekerja yang amat berkesan agar organisasi dapat melangkah maju mencapai objektifnya. Keberkesanan adalah mengenai melaksanakan prinsip yang mampu bertahan serta mengubah tingkah laku, dan melalui tingkah laku yang bertambah baik, dapat mencapai keputusan yang diharapkan.

- Membantu pekerja anda mengubah asas pendekatan mereka terhadap kerja, perhubungan, maupun masalah serta peluang dengan membuang tingkah laku serta kecenderungan tidak berkesan yang lazim, lantas mencipta kepercayaan yang tinggi serta membentuk hubungan saling bergantungan yang utuh.

- Membantu pekerja akan memberikan kesan yang positif terhadap kejayaan serta daya saing organisasi.

- Mencipta perubahan positif sepanjang hayat—melihat, berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza untuk memperolehi hasil yang lebih baik.

- Meningkatkan tahap kepercayaan dan kerjasama berpasukan serta mempengaruhi individu bagi meningkatkan tahap kejayaan.
Menyatupadukan pasukan dan organisasi di bawah satu visi, misi serta tujuan yang sama.

- Membantu pekerja memahami masalah dan menganggapnya sebagai peluang, yang akan mencetuskan penyelesaian yang diharapkan.

- Menggalakkan komunikasi lebih baik yang membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan masalah.

- Mendorong peleraian konflik dan membantu individu mendapatkan faedah bersama, lantas meningkatkan momentum kumpulan.

- Menggalakkan penambahbaikan berterusan, serta melindungi dari kelesuan yang menyebabkan tiadanya produktiviti.

- Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih memuaskan serta meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pelanggan.

Related

Pengurusan Kewangan 4650900832809377561

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item