AirAsia Kumpul RM7.1 Juta Bantu Mangsa Taufan Haiyan Di Filipina

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/airasia-kumpul-rm71-juta-bantu-mangsa.html
TACLOBAN, 23 Mei - AirAsia Bhd mengumpul 97 juta peso Filipina (RM7.1 juta) untuk pembangunan semula kawasan mangsa taufan Haiyan di Filipina.
Sumbangan itu diperoleh daripada orang ramai, Kumpulan AirAsia dan syarikat-syarikat rakan kongsinya.
"AirAsia memberi sumbangan sepadan yang diterimanya daripada orang ramai dan memastikan setiap sen digunakan untuk membangunkan semula kehidupan mangsa.
"Kami mahu menjana semula ekonomi di sini dan membantu penduduk berdikari," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tony Fernandes pada sidang media hari ini di lapangan terbang domestik di Tacloban City, antara kawasan paling teruk terjejas oleh taufan itu.
Haiyan, taufan yang melanda bahagian tengah Filipina November lalu, membunuh lebih 6,000 penduduk dan memusnahkan berjuta rumah.
Walaupun operasi penerbangan pesawat AirAsia, Cebu Pacific Air dan Philippine Airlines kembali seperti biasa di Tacloban, penumpang terpaksa menggunakan lapangan terbang yang masih dibaik pulih.
Bahang panas dari luar cukup terasa kerana tidak ada pendingin udara di dewan menunggu yang hanya dipisahkan dengan bidai daripada landasan.
Tandas juga belum siap sepenuhnya.
AirAsia berharap pelancaran kempen derma "To Philippines with Love" dapat membantu pembangunan semula Tacloban dan bandar-bandar lain secepat mungkin.
Kempen itu dilancarkan selama enam minggu mulai 16 Nov hingga 31 Dis, 2013.
"Kami memulakan kempen ini sebagai pernyataan perpaduan Asean untuk penduduk yang terselamat dan kami tersentuh apabila mendapati derma datang dari 75 negara di seluruh dunia," kata Tony.
Derma itu akan diserahkan kepada empat rakan kongsi pembangunan dengan sejumlah 46 juta peso (RM3.4 juta) diberikan kepada penerima utama, Palang Merah Filipina, menurut satu kenyataan AirAsia.
Palang Merah akan membina 345 rumah di Pulau Panay.
Sementara itu, Habitat for Humanity Philippines, akan menerima 37.4 juta peso (RM2.8 juta) untuk membina 187 unit rumah kekal di Tacloban.
Struktur baharu itu direka bentuk untuk menahan gegaran gempa bumi sekuat lapan magnitud dan taufan selaju 250 kilometer sejam.
AirAsia, antara syarikat penerbangan komersil pertama mengendalikan penerbangan kemanusiaan, mengangkut hampir 5,000 pekerja penyelamat dan mangsa terselamat, di samping 400 tan bahan bantuan ke Tacloban, Cebu dan Kalibo, kata kenyataan itu.
Ini adalah tambahan kepada 250,000 kerusi percuma yang disediakan dalam rangkaian laluan AirAsia Filipina untuk penduduk mencari anggota keluarga mereka yang hilang.
Rakan kongsi yang turut serta dalam kutipan derma ini ialah Credit Suisse, Tune Insurance, Queens Park Rangers Football Club, Kumpulan CIMB Group dan EQ8, kata kenyataan itu.
luckyclub - Live Casino site and live dealer games
ReplyDeleteLucky club, luckyclub.live Live casino, Live casino, Live dealer games, Live casino, Casino game live dealer games, Live casino, Games: 500+ Slots, 20 Table Games, Live Blackjack