Maybank Lancar Urus Niaga Denominasi Yen Tersenarai Pasaran Tokyo Pro-Bond



KUALA LUMPUR, 23 Mei - Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara mengikut aset, telah melancarkan transaksi tersenarai pasaran Tokyo Pro-Bond, meraih RM9.861 bilion (RM1=3,2538 Yen) dalam tempoh tiga tahun.

Ini merupakan Pro-Bond pertama yang dikeluarkan daripada program nota jangka sederhana pelbagai mata wang penerbit sebanyak RM16 bilion (RM1=US$3,221), kata Maybank dalam satu kenyataan.

Pasaran Tokyo Pro-Bond merupakan pasaran bon terbitan baharu untuk pelabur profesional yang dikendalikan oleh Bursa Saham Tokyo.

Penerbit asing boleh mendapat manfaat daripada keperluan pendedahan ringkas berbanding bon tawaran awam konvensional di Jepun.

Pro-bond menarik pelbagai pelabur domestik profesional Jepun, yang terdiri daripada akaun-akaun institusi besar hingga institusi dan bank-bank serantau yang lebih kecil.

Penerbit ini diberi penarafan, masing-masing A3, A- dan A-, oleh Moody's, Standard dan Poor serta Fitch Ratings.

Credit Agricole Corporat and Investment Bank dan Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd bertindak sebagai pengurus akaun bersama.

Bendahari Korporat Maybank Group Odie Lee berkata dengan penubuhan platform Pro-Bond, Maybank berjaya mendapatkan sumber berulang baru pembiayaan sederhana hingga jangka panjang.

Related

Tokyo Pro-Bond 6655228365285347784

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item