Moody's: Tarikan Perkongsian Awam-Swasta Bergantung Kepada Pulangan Stabil Jangka Panjang


SINGAPURA, 23 Mei - Moody's Investors Service berkata, tarikan projek perkongsian awam-swasta (PPP) berbanding modal jangka panjang swasta, bergantung kepada keupayaan mereka menghasilkan pulangan stabil dalam jangka panjang.

Naib Presiden Kanan Moody's, Ivan Chung berkata: "Kajian kemungkiran kami menunjukkan ciri-ciri struktur projek PPP membuktikan keberkesanan mengehadkan kemungkiran serta meminimumkan kerugian."

Oleh itu, katanya, PPP boleh distruktur bagi menarik minat daripada modal swasta pada tahap gred spekulasi yang tinggi atau mungkin sehingga tahap gred pelaburan.

Chung berucap pada Seminar Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Mengenai Peranan Sektor Awam Dalam Modaliti PPP, yang diadakan pada Rabu dan Khamis lalu di Fuzhou, China.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini, Jumaat.

Menurut Kajian Kemungkiran Pinjaman Bank Projek Kewangan Moody's, kadar kemungkiran terkumpul 10 tahun untuk PPP ialah 5.2 peratus, konsisten dengan kadar kemungkiran terkumpul 10 tahun penerbit korporat dalam kategori penarafan tahap gred pelaburan.

Bagaimanapun, bagi mewujudkan keseimbangan di antara menarik modal swasta di samping mengelak pergantungan berlebihan kepada sektor awam, Chung berkata: "Kita perlu memberi tumpuan ke atas sebarang risiko kritikal yang akan menganggap hutang projek berspekulasi tinggi di segi penarafannya."

Seminar APEC itu dihoskan Kementerian Kewangan Republik Rakyat China dan dianjurkan Bank Pembangunan Asia.

Related

Business 547596906678355822

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item