AirAsia X bakal hilang status syariah?


Saham AirAsia X, Perdana Petroleum, Petronas Chemicals dan Sapura Kencana merupakan antara saham-saham yang berisiko kehilangan status syariah, berdasarkan pematuhan terkini yang bakal dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), pada hujung bulan ini.

SC menerusi Majlis Penasihat Syariahnya yang mengeluarkan pematuhan terkini syariah selang enam bulan, kebiasaannya turut menyenaraikan saham-saham yang mendapat atau kehilangan status syariah berdasarkan tanda aras yang ditetapkan.



Saham AirAsia X, Perdana Petroleum, Petronas Chemicals dan Sapura Kencana merupakan antara calon saham yang berpotensi kehilangan status patuh syariah, bersandarkan tanda aras terakhir yang dikeluarkan oleh SC pada November 2013, menurut nota kajian oleh Affin Investment Bank (Affin IB) hari ini.

Empat syarikat itu merupakan antara keseluruhan saham-saham syarikat yang ketika ini mematuhi piawaian syariah, tetapi dilihat berpotensi untuk dikeluarkan daripada senarai pada hujung bulan ini.



Hal itu berdasarkan perbandingan antara tanda aras terakhir yang dikeluarkan oleh SC pada November 2013, dengan laporan tahunan atau laporan kewangan teraudit syarikat-syarikat berkenaan untuk tahun 2013, yang dikeluarkan lebih lewat dari November lalu.

Bagaimanapun menurut Affin IB berdasarkan penilaiannya, AirAsia X dan Perdana Petroleum merupakan dua saham yang paling berisiko kehilangan status syariah, manakala IOI Properties berpotensi besar untuk mendapatkan status syariah selepas menepati semua tanda aras yang ditetapkan oleh SC.

Saham Petronas Chemicals selamat daripada tanda aras yang dikeluarkan pada November lalu, walaupun gagal memenuhi tanda aras nisbah kewangan, yang mana tunai ke atas jumlah aset yang tidak memenuhi piawaian.


Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen konvensional, iaitu melebihi 33 peratus.

Pada November lalu, 10 saham yang dikaji Affin IB telah kehilangan status syariah antaranya Tropicana, MRCB, AnnJoo, Parkson, Hiap Teck, Uchi, SP Setia, MCIL, Bumi Armada dan YTL Power, ekoran pematuhan yang lebih ketat telah diperkenalkan oleh SC.

Jelas Affin IB, kehilangan status syariah boleh mengundang kemerosotan prestasi saham. Sebagai contoh, prestasi saham Parkson merosot 19 peratus selepas sebulan mereka kehilangan status syariah. Saham lain yang turut mengalami nasib yang sama ialah Bumi Armada (jatuh tiga peratus) dan MRCB (jatuh 11 peratus).

Related

Malaysian News 6580382189960932395

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item