Beruang Panda Gergasi Kini Mendapat Tempat Tinggal Baharu Di Zoo Negara


KUALA LUMPUR, 21 Mei - Pasangan beruang panda gergasi dari China, simbol jalinan hubungan rapat 40 tahun Kuala Lumpur-Beijing, kini mendapat tempat tinggal baharu di Zoo Negara, ribuan kilometer dari tempat asal mereka di wilayah Sichuan, barat daya China.

Haiwan jinak itu, yang dipinjamkan kerajaan China bagi tempoh 10 tahun akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang.

Pasangan panda, Fengyi dan Fuwa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang sejurus sebelum 8 pagi hari ini selepas diterbangkan dengan pesawat khas MASKargo dari Chengdu, China.



Dari lapangan terbang itu, pasangan panda itu dibawa ke zoo dengan diiringi polis dan ketibaan haiwan itu disambut kakitangan zoo dan juga 200 kanak-kanak tadika yang dijemput khas untuk majlis itu.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lana memberitahu pemberita kehadiran beruang panda gergasi itu dijangka menarik 500,000 pengunjung ke zoo dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Rosly menjelaskan tempoh kuarantin adalah penting kerana ia membolehkan pasangan panda itu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan keadaan cuaca tempatan.


Beliau menyifatkan kemudahan yang disediakan untuk haiwan itu di Kompleks Panda Gergasi di Zoo Negara sebagai antara yang terbaik di dunia.

"Antara lain, kita mempunyai sebuah makmal, klinik veterinar, inkubator, nurseri dan juga sistem pemantauan bagi memastikan kesejahteraan haiwan itu," katanya.

Rosly berkata 10 kakitangan akan ditempatkan pada satu-satu masa untuk menjaga pasangan panda itu, yang dikenali dengan bulu hitam dan putih yang tersendiri.



Beliau berkata apabila kompleks itu dibuka dalam tempoh sebulan, ia mampu menerima 3,800 pengunjung setiap hari.

Pasangan beruang panda itu dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.


Related

Isu Semasa 2793175434960760407

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item