MASKargo Bawa Pasangan Panda Ke KL Dengan Selamat

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/maskargo-bawa-pasangan-panda-ke-kl.html
KUALA LUMPUR, 21 Mei - MASkargo hari berjaya membawa pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, dari China ke Kuala Lumpur dengan selamat, dengan pesawat fret A330-200.
MASkargo, bahagian kargo udara Malaysia Airlines, berkata penerbangan MH6462 membuat penerbangan khas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu pada pukul 1.45 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama kargo berharga itu.
"Semasa tiba, pasangan panda itu disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanival, dan Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Penerbangan MH6462 dikendalikan oleh Kapten Hamdan Che Ismail dan pembantu juruterbang Imran Ahmad.
Dr. Li dari Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, dan Dr. Naim dari Zoo Negara berada dalam penerbangan itu untuk memastikan kesejahteraan panda gergasi itu.
Fu Wa dan Feng Yi, dari kemudahan pembiakan panda Bifengxia di Ya'an dalam Wilayah Sichuan, China, akan dikuarantin selama sebulan di pusat panda Zoo Negara, yang akan menjadi tempat tinggal kedua-duanya selama 10 tahun akan datang.