BNM Definisi Semula Hutang Luar Untuk Masukan Sekuriti Denominasi Ringgit


KUALA LUMPUR, 16 Mei - Bank Negara Malaysia mendefinisikan semula hutang luar negeri untuk memasukkan pegangan bukan pemastautin dalam sekuriti hutang dalam denominasi ringgit, deposit bukan pemastautin, kredit perdagangan yang diberikan oleh rakan perdagangan asing dan liabiliti hutang lain.

Langkah itu berkuat kuasa mulai suku pertama 2014, merupakan perakuan ke atas perkembangan penting dalam kedalaman dan keluasan pasaran kewangan Malaysia dan peningkatan berterusan dalam penyertaan pelabur bukan pemastautin dalam sekuriti hutang dalam negeri dalam denominasi ringgit sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada akhir Mac 2014, hutang luar negeri Malaysia didefinisikan semula itu bernilai RM700.1 bilion, bersamaan US$212.5 bilion atau 65.2 peratus keluaran dalam negeri kasar (KDNK) berbanding RM694.6 bilion atau US$209.2 bilion, bersamaan dengan 70.4 peratus berbanding KDNK pada akhir Disember 2013.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata peningkatan dalam hutang luar negeri disebabkan terutama oleh pinjaman luar yang lebih tinggi oleh sektor swasta dan pegangan liabiliti hutang pemastautin dalam denominasi ringgit.

"Lebih separuh daripada jumlah hutang luar negeri mempunyai profil tempoh matang jangka panjang," katanya pada sidang media selepas mengumumkan KDNK Malaysia bagi suku pertama, di sini Jumaat.

Beliau berkata hutang jangka pendek kekal terurus dan dapat ditampung oleh rizab sebanyak 1.3 kali pada akhir Mac 2014 manakala kedudukan luaran Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh asas ekonomi dalam negeri yang kukuh.

Sebelum ini, amalan yang digunakan Malaysia dalam mengira hutang luar negeri meliputi hutang denominasi mata wang asing iaitu pinjaman yang dinaikkan dan bon serta nota yang diterbitkan di luar pesisir.

Susulan pentakrifan baharu itu, potensi untuk ketidaksepadanan mata wang dalam hutang luar negara dapat dikurangkan memandangkan sekuriti hutang obligasi denominasi ringgit

"Selain itu, hutang kerajaan persekutuan tidak berubah. Pentakrifan hutang luar ini merupakan langkah berhemat yang akan membolehkan kerajaan untuk menilai dengan lebih baik pendedahannya kepada bukan pemastautin.

"Yang penting, walaupun paras hutang luar negeri ditakrifkan semula lebih tinggi, Petunjuk hutang luar negeri Malaysia kekal pada penanda aras antarabangsa yang menandakan kedudukan berhemah dan pengukuhan luaran," katanya.

Related

Malaysia News 3559412472727162880

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item