Imbangan Bayaran Suku Pertama Malaysia Catat Lebihan RM19.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 Mei - Imbangan akaun semasa Malaysia mencatat lebihan yang lebih tinggi iaitu RM19.8 bilion untuk suku pertama tahun ini berbanding RM14.8 bilion pada suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, ia disumbangkan terutamanya oleh defisit yang lebih rendah pada kedua-dua pendapatan utama RM6.4 bilion dan akaun perkhidmatan RM2.7 bilion.

Lebihan akaun semasa bertambah RM6.6 bilion tahun ke tahun berbanding RM13.2 bilion dicatat pada suku yang sama tahun lalu disebabkan lebihan yang lebih tinggi pada akaun barangan sebanyak RM5.5 bilion daripada RM28 bilion.

Untuk suku pertama tahun ini, lebihan dagangan adalah RM33.6 bilion berbanding RM33.3 bilion tahun lalu disebabkan nilai yang lebih rendah eksport percuma atas kapal (f.o.b) dan nilai lebih rendah import f.o.b.

Bagi akaun perkhidmatan, eksport perkhidmatan berkurang sebanyak 5.1 peratus kepada RM32.6 bilion berbanding RM34.4 bilion pada suku keempat tahun lalu, kata jabatan berkenaan.

Dalam suku dikaji, terimaan pendapatan utama (kredit) mencatat RM14.5 bilion berbanding RM14.2 bilion pada suku keempat 2013, manakala bayaran pendapatan utama (debit) mencatat RM20.9 bilion daripada RM24.3 bilion sebelum ini.

Pada masa sama, terimaan pendapatan sekunder merekodkan aliran keluar bersih lebih tinggi RM4.6 bilion daripada RM4.4 bilion pada suku keempat tahun lalu.

Jabatan itu berkata, akaun modal mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih rendah RM2 juta daripada RM19 juta pada suku keempat 2013 berikutan bayaran bersih yang lebih rendah dalam pindahan modal sebanyak RM16 juta.

Akaun kewangan mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM37.6 bilion berbanding RM9.8 bilion dicatat pada suku sebelumnya.

Sementara itu, pelaburan langsung mencatatkan perubahan arah kepada aliran keluar bersih RM14.6 bilion daripada RM4 bilion suku lepas, manakala tahun ke tahun pelaburan langsung mencatatkan aliran keluar bersih lebih tinggi daripada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia sehingga akhir Mac lalu ialah RM424.6 bilion, menurun sebanyak RM17.3 bilion berbanding suku lepas.

Related

Malaysia News 6923577099941355569

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item