Chicken Cottage Buka Cawangan Di Malaysia


Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., (Terengganu Inc.) menerusi anak syarikatnya TI Global Food Holdings Ltd., mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Chicken Cottage Limited (CCL) dengan nilai pelaburan sebanyak RM25 juta.

Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Terengganu Inc., Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengambilalihan itu membolehkan syarikat melebarkan sayapnya dalam pasaran India dan Australia tahun ini.

Katanya, cawangan di Malaysia pula akan dibuka selewat-lewatnya hujung tahun ini dengan destinasi utama di Terengganu dan Kuala Lumpur.

"Selain India dan Australia, kita juga akan menerokai pasaran di China dan Asia Barat. Kita kini di peringkat awal mengenal pasti ‘master francaisi’ di negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Ltd., di sini hari ini.



Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim.

CCL yang berpangkalan di Croydon, London merupakan jenama makanan segera halal bertaraf antarabangsa yang mula dibuka pada tahun 1994 dan kini menjadi salah satu rantaian makanan halal segera terbesar di United Kingdom serta mempunyai 151 francaisi di seluruh dunia termasuk Eropah, Pakistan, Algeria, Ireland, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.

Ahmad memberitahu, tambahan pelaburan sebanyak 1.5 juta pound (RM8.19 juta) akan dibelanjakan bagi menaik taraf sistem manual point of sales (POS).




Related

Malaysia News 9000693565317922416

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item