Deutsche Bank saran 'beli' bagi Gamuda


KUALA LUMPUR - Deutsche Bank membuat saranan 'beli' ke atas Gamuda Bhd kerana syarikat itu dijangka meraih manfaat daripada tawaran pengambilalihan pengurusan air oleh kerajaan negeri Selangor, jika ia bersetuju berbuat demikian.

Setakat ini, tiga pemegang konsesi di Selangor telah menerima cadangan pengambilalihan itu, dan hanya Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPA), yang merupakan 40 peratus milik Gamuda, belum bersetuju.

"Sekiranya Selangor bersetuju dengan tawaran tambahan RM2 bilion kerajaan persekutuan, kepentingan Gamuda sebanyak 40 peratus dalam Splash bernilai RM886 juta berbanding tawaran semasanya sebanyak RM100 juta," kata Deutsche Bank dalam satu nota.

Pada 16 Mei, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan bahawa Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) telah bersetuju bagi kedua-dua pemegang konsesinya, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), diambil alih oleh kerajaan negeri.

Di bawah perjanjian itu, PNHB menerima tawaran Selangor masing-masing berjumlah RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion bagi ekuiti, aset dan tanggungan PNSB dan Syabas.

Sebelum ini, pemegang saham Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass) telah meluluskan tawaran berjumlah RM900 juta bagi ekuiti, aset dan tanggungan syarikat itu.

Kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) kerana tiada keperluan menguatkuasakannya ketika itu, dan keputusan ini disokong oleh Selangor.

Sementara itu, AmResearch Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' bagi Gamuda dengan nilai patut RM5.25, yang mencerminkan diskaun sebanyak 10 peratus daripada nilai buku bersih sebanyak RM2.5 bilion pada akhir Disember, 2013.

"Kami berpendapat nilaian patut bagi Splash masih penting untuk menggerakkan cadangan penyusunan semula ini ke arah penyelesaian muktamad," kata firma penyelidikan itu.

Ia juga menyatakan bahawa cadangan 'pegang'nya bagi Puncak Niaga dengan harga sasaran RM3.40, masih tidak berubah kerana nilaiannya diasaskan kepada tawaran semasa.

Related

Malaysia News 2289542523894973939

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item