Panda gergasi China ke Malaysia malam ini


CHENGDU - CHINA. Pasangan beruang panda gergasi yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama, Fuwa (jantan) dan Fengyi (betina) akan berlepas ke Malaysia malam ini untuk pinjaman selama 10 tahun dan memulakan kehidupan baharu di perantauan.

Upacara selamat jalan kepada pasangan "selebriti" hitam-putih berusia lapan tahun itu berlangsung di pangkalan Dujiangyan, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Beruang Panda Gergasi China di provinsi Sichuan di barat daya China pada Selasa.

"Ini merupakan acara penting bagi meningkatkan hubungan dua hala dan setiakawan antara Malaysia dan China," kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Dr James Dawos Mamit.

"Bagi Malaysia, ketibaan beruang panda gergasi ini merupakan peristiwa penting untuk meraikan kerjasama dua hala erat yang dijalin hampir 40 tahun antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita Malaysia sebelum menyampaikan ucapan pada majlis untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasangan beruang panda itu.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak 1974, dimulakan  oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua Malaysia.

"Kami patut meneruskan hubungan dua hala akrab ini untuk 40 tahun akan datang," kata Dawos dan menurutnya ia bukan hanya bertumpu pada hubungan kerajaan dengan kerajaan tetapi juga antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata rakyat Malaysia pasti teruja dengan ketibaan pasangan beruang panda itu dan pastinya tidak sabar untuk menyambut kedatangan khazanah 'comel' dari China itu.

"Mereka sudah banyak mendengar tentangnya (berita ketibaan)...jadi sekarang mereka boleh melihat sendiri beruang panda gergasi di Zoo Negara selepas sebulan pasangan itu dikuarantin," katanya.

Beruang panda berkenaan akan diterbangkan dari China oleh MASkargo Sdn Bhd (MASkargo) dan dijangka tiba di Malaysia pada 6 pagi Rabu. Pasangan itu akan ditempatkan di Kompleks Panda Gergasi di Zoo Negara.

Dawos berkata Pengarah Zoo Negara Dr Naim Ramli, yang juga seorang doktor haiwan, seorang doktor haiwan China dan 10 pegawai teknikal akan mengiringi Fengyi dan Fuwa dalam perjalanan mereka ke Malaysia.

Related

Malaysia News 4493762661522023622

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item