Keuntungan Suku Pertama AirAsia Naik 33 Peratus Kepada RM139.72 Juta


KUALA LUMPUR, 20 Mei - AirAsia Bhd melaporkan keuntungan bersih berjumlah RM139.72 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2014, setelah meningkat 33 peratus secara perbandingan tahun-ke-tahun, terutamanya disebabkan oleh keuntungan pertukaran asing ke atas pinjaman.

Pendapatannya masih tidak berubah pada RM1.3 bilion, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, faktor muatan AirAsia meningkat dua peratus kepada 81 peratus dalam suku pertama, ekoran tumpuan syarikat itu kepada strategi muatan aktif, katanya.

Tentang prospek, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes, berkata: "Pergerakan tambang bertambah baik. Purata tambang kami bergerak dalam arah aliran meningkat apabila pesaing mula mengenakan tambang yang lebih rasional semula."

Syarikat penerbangan itu akan menerima penyerahan sembilan pesawat A320 dalam suku kedua tahun ini, yang semuanya akan digunakan di Malaysia.

Related

Malaysia News 8369243581874546701

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item