Jepun, AS Selesaikan Akses Pasaran Di Rundingan TPP


SINGAPURA, 20 Mei - Jepun dan Amerika Syarikat berjaya menyelesaikan perbezaan pendirian mereka berkaitan akses pasaran ketika mesyuarat dua hari peringkat menteri mengenai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di sini, mewujudkan satu kejayaan penting di samping merintis jalan kepada negara lain meneruskan rundingan mereka.

Bercakap di sidang akhbar, Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal Jepun, Akira Amari menyifatkan keputusan mesyuarat itu sebagai "kabus semakin hilang berbanding masa lalu."

Menurutnya, dengan persefahaman yang lebih baik sekarang, kedua-dua negara telah mengenal pasti satu jalan untuk maju ke depan.

Amari berkata, sensitiviti negara terbabit perlu diminimumkan dan mereka perlu mempunyai ruang untuk bertolak-ansur.

"Di satu segi, kita perlu mengendalikan sensitiviti seminimum mungkin tetapi di segi lain terdapat bidang di mana kita tidak boleh menghapuskan tarif sehingga sifar disebabkan pelbagai keadaaan.

"Kita perlu bekerjasama menyelesaikannya," kata Amari di majlis penutup rundingan peringkat menteri yang bermula semalam.

Sementara itu, Duta AS, Michael Froman berkata, mesyuarat dua hari itu adalah peristiwa penting untuk kedua-dua negara dan pegawai Jepun dijangka melawat Washington minggu depan bagi membincangkan isu berkaitan pertanian.

"Kami telah mencapai kemajuan yang sangat baik di Tokyo apabila Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Shinzo Abe mengadakan perbincangan.

"Kami telah meneruskan rundingan dan kemajuan itu telah membolehkan kami merintis jalan ke depan. Ia adalah peristiwa penting. Ia membolehkan kami memasuki fasa baru rundingan," katanya.

Froman berkata, masih terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum persetujuan dicapai.

Apabila ditanya mengenai rangka masa untuk mencapai akses dan peraturan pasaran, Froman tanpa menyatakan sebarang rangka masa khusus berkata, perunding akan berjumpa lagi Julai ini kerana banyak kerja perlu dilakukan secara dua hala atau dalam konfigurasi lain.

Dalam kenyataan bersama di sini, semua menteri serta ketua delegasi berkata, mereka telah mengukuhkan pandangan bersama mengenai apa yang diperlukan untuk memuktamadkan rundingan terbabit.

Mereka berkata, mereka telah memberi tumpuan, terutama bagi mewujudkan kemajuan bermakna mengenai akses pasaran serta isu peraturan tertangguh dalam usaha mengurangkan pelbagai perbezaan yang masih wujud.

"Dalam usaha untuk membina momentum rundingan berkenaan, kami telah memutuskan mengenai satu jalan untuk mempergiatkan penglibatan dalam beberapa minggu akan datang mengenai akses dan peraturan pasaran.

"Sebagai sebahagian daripada usaha itu, yang akan dijalankan secara dua hala dan dalam konfigurasi lain, kami telah mengarahkan ketua perunding kami untuk bertemu Julai ini," kata mereka.

Pada masa sama, semua menteri itu akan terus terlibat untuk mengarahkan rundingan, menyelaras dan mengatasi pelbagai isu tertangguh di samping meneruskan perundingan di peringkat domestik.

"Rundingan kami dalam tempoh yang penting ini akan terus mencerminkan komitmen berterusan untuk menghasilkan perjanjian yang komprehensif dan mempunyai standard tinggi sejajar dengan arahan pemimpin kami," kata mereka.

Related

TTPA 1565018951936667912

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item