Malaysia cari kaedah ukur pertumbuhan ekonomi


Malaysia akan terus mencari cara lain untuk mengukur pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara, selain Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai respons kepada peluang dan cabaran yang belum pernah dilalui negara ini sebelum abad ke-21.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, walaupun tidak dinafikan KDNK merupakan ukuran bagi kekayaan yang dicapai sesebuah negara, Malaysia telah lama menyedari bahawa pergantungan terhadap KDNK semata-mata tidak mencukupi untuk mencerminkan kemajuan yang dicapainya.

"Kami memahami, sebagai contoh, ia tidak meliputi isu ketidaksamaan, ia juga tidak meliputi perkara berkaitan alam sekitar, yang kedua-duanya telah lama menjadi inti pati dasar pembangunan kami," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada simposium 'Melampaui Simposium KDNK: Peralihan Kepada Kelestarian' di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, KDNK tidak meliputi kesejahteraan secara menyeluruh, termasuk maruah, kegembiraan dan aspek asas lain yang begitu penting dalam memenuhi keperluan hidup.

Simposium tiga hari itu yang bermula Sabtu, dianjur bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) dan United Nations University-hosted International Human Dimension Programme (UNU-IHDP)

Related

Malaysian News 1152011847136032600

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item