Ekonomi Global Yang Tidak Berkembang Boleh Ditangani Dengan Kerjasama Antarabangsa


ASTANA (KAZAKHSTAN), 22 Mei - Ekonomi global yang tidak berkembang hanya boleh di atasi melalui pembentukan struktur baharu kerjasama antarabangsa, demikian peserta Forum Ekonomi Astana diberitahu.

Para penceramah berpendapat bentuk baharu kerjasama akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kestabilan dalam jangka panjang kerana walaupun regim kadar faedah sifar di banyak negara, ekonomi tidak bergerak cukup pantas dan hanya mengikut pertumbuhan penduduk.

"Ekonomi yang tidak berkembang dikaitkan dengan pemulihan ekonomi yang lemah dan pengangguran yang tinggi dengan penduduk menurun hari ini walaupun peningkatan dalam kedudukan kewangan dan kunci kira-kira sejak selepas krisis kewangan global pada 2009," kata Presiden Pusat Penyelidikan Ekonomi Jepun Kazumasa Iwata.

Beliau memberitahu forum tiga hari itu, yang bermula semalam, bahawa pengurangan tenaga kerja disebabkan oleh jumlah penduduk yang menurun bersama-sama dengan kesan kewangan globalisasi telah mempengaruhi Jepun.

Negara itu mengambil masa yang lama untuk keluar daripada kemerosotan ekonomi, kata beliau dan mencadangkan strategi pertumbuhan yang melibatkan kerajaan.

"Kerajaan perlu mengambil peranan penting dalam mengisi dasar pertumbuhan yang merangsang inovasi dan pakatan perdagangan bebas maju seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif serantau yang menggalakkan perdagangan dan pelaburan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kazakhstan Bakhyt Sultanov memberi taklimat kepada peserta persidangan itu mengenai projek antarabangsa G-Global yang dimulakan oleh Presiden Republik Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev melibatkan bersama seluruh masyarakat antarabangsa untuk pembangunan dan cadangan mengenai cabaran global.

Projek G-Global itu dicadangkan pada Sidang Kemuncak G-20 di St Petersburg tahun lepas, telah dilaksanakan melalui sumber-sumber dalam talian dan terbukti keberkesanan mekanisme bersepadu, mencari penyelesaian kepada pelbagai isu.

Nursultan mencadangkan pembentukan Kumpulan Negara-Negara G-Global sebagai kuasa paling berpengaruh dalam menetapkan dasar-dasar ekonomi antarabangsa.

Forum Ekonomi Astana, yang diadakan setiap tahun dan dianjurkan Kelab Ekonomi Persatuan Ahli-ahli Sains Eurasion dan kerajaan Kazakhstan, menjadi ruang dialog dan pertemuan dengan para pemimpin antarabangsa yang kini merupakan platform untuk konsep G-Global.

Forum global itu telah menarik lebih 10,000 peserta dari 150 negara.

Related

Malaysia News 5764657673667426017

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item