Foto & Poster Menarik #RombakFAM #30TahunNeraka #PFSLJ



Ultras Malaya telah memulakan kempen #RombakFAM sempena Pemilihan Kongres FAM Penggal 2014-2018 yang bakal diadakan pada 25 Mei 2014 nanti.

Antara calon-calon presiden FAM bagi penggal 2014-2018 adalah Sultan Ahmad Shah, yang sudah memegang jawatan tersebut, selama 30 tahun, Tengku Abdullah, yang dikatakan favourites untuk menjadi presiden FAM yang baharu, dan juga TMJ. 

Ultras Malaya tidak menyatakan calon yang mana yang disokong oleh mereka untuk menjadi presiden FAM, walaupun mereka telah bertemu dengan TMJ pada Sabtu lepas. Pada pertemuan tersebut, antara perkara yang dibangkitkan oleh Ultras pada pertemuan tersebut adalah tiada visi, misi, atau objektif yang jelas telah diberi oleh mana-mana calon-calon presiden FAM sejak dahulu. Kenyataan tersebut telah diterima dengan positif oleh TMJ.

Walaupun Ultras Malaya tidak mempunyai kuasa mengundi, kempen mereka diharap dapat sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendirian perwakilan-perwakilan FA negeri yang akan mengundi semasa kongres pemilihan kelak.

Bagi mereka yang mahu memberi sokongan kepada Ultras Malaya boleh melayari twitter mereka @ultrasmalaya07 atau facebook mereka di facebook.com/ultrasmalaya07

















































Related

Malaysian News 7493072420629237770

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item