Kerajaan Lepaskan Saham 33 Syarikat


KUALA LUMPUR 13 Mei - Kerajaan berjaya melepaskan kepentingannya dalam 23 syarikat sehingga November tahun lepas, selari dengan matlamatnya untuk mengurangkan secara beransur-ansur peranannya dalam perniagaan, demikian menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana.

Dalam laporan Tahunan 2013 Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan semalam, Pemandu berkata, sehingga ini 33 syarikat sudah dikenal pasti untuk dijual.

Antara yang telah disempurnakan tahun lepas ialah pelepasan pegangan saham dalam syarikat pengendali telefon mudah alih, DiGi.Com Bhd, oleh Khazanah Nasional Bhd, pada nilai yang dianggarkan berjumlah RM293.5 juta.

Menerusi program rasionalisasi pegangan Kerajaan di peringkat Kementerian pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melepaskan pegangannya dalam Stadium First Sdn. Bhd., anak syarikat Stadium Malaysia Corporation, melalui proses tender terbuka yang telah disempurnakan pada Jun 2013.

Menurut laporan ETP 2013 yang dikeluarkan semalam, Pemandu berkata, aset milik Kerajaan dan Negeri yang telah dikenal pasti, akan dilepaskan sewajarnya menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Inisiatif yang digerakkan di bawah SRI - `Mengurangkan Peranan Kerajaan dalam Perniagaan’ terus menjadi teras matlamat ETP untuk mewujudkan ekonomi didorong oleh sektor swasta dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Inisiatif itu melibatkan penjualan pemilikan kerajaan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) yang disenarai di bursa utama dan syarikat-syarikat berkaitan yang lain, kepada sektor swasta, sama ada melalui penyenaraian, pengurangan pegangan saham atau pun penjualan secara terus.

"Rasionalisasi pegangan kerajaan dalam peniagaan akan membolehkan kami untuk mengutamakan formulasi dasar yang mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti komersial.

"Ia juga membolehkan pasaran untuk berfungsi dengan campur tangan kerajaan yang kurang, yang menggalakkan GLC untuk tidak bergantung kepada negara," katanya.

Laporan itu juga menyebut bahawa cabaran utama yang dihadapi dalam inisiatif merasionalisasikan pegangan Kerajaan dalam perniagaan ialah pengimbangan tugas fidusiari pemilik syarikat dengan keadaan pasaran, dengan penetapan harga jualan syarikat berkemungkinan akan menerima impak di luar kawalan pemilik syarikat.

Sehubungan itu, langkah seterusnya dalam inisiatif SRI ialah terus memantau syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti di bawah program pelepasan pegangan saham Kerajaan, selari dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya saing bagi para peniaga setempat dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam memacu perkembangan ekonomi.

Kerajaan melalui SRI akan mewujudkan peranannya dengan jelas dalam perniagaan, menghasilkan pelan pelepasan saham yang jelas dan mewujudkan garis panduan tadbir urus yang jelas bagi syarikat-syarikat milik Kerajaan.

Usaha-usaha ini bermatlamat untuk secara beransur-ansur mengalih peranan Kerajaan dalam perniagaan daripada pelabur kepada fasilitator.

Dalam proses mengurangkan peranan dalam perniagaan, Pemandu berkata, Kerajaan akan terus memegang aset strategik, yang mempunyai kepentingan nasional atau menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam.

Pelaburan Kerajaan dalam perniagaan bersama sektor swasta adalah untuk projek-projek yang akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) seperti pembangunan wilayah koridor dan perniagaan yang berkaitan secara langsung dengan isu-isu keselamatan negara

Related

Malaysian News 786964850006829481

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item