Pendapatan Negara Kasar per kapita cecah AS$10, 600


KUALA LUMPUR 13 Mei - Pendapatan negara kasar (PNK) Malaysia per kapita mencatat peningkatan 42.5 peratus kepada AS$10,600 (RM33,920)tahun lepas berbanding AS$7,059 (RM22,588) pada 2009, membuktikan negara kini dalam kedudukan yang baik untuk merealisasikan matlamat negara berpendapatan tinggi sebanyak AS$15,000 (RM48,000) per kapita menjelang 2020.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 2010, pelaburan swasta mencatat peningkatan kukuh, berkembang 15.3 peratus dari 2010 hingga 2013, berbanding 4.7 peratus dari 2007 hingga 2010.

"Pada 2013 sahaja, pelaburan swasta mencecah RM161.1 bilion, melepasi sasarannya sebanyak RM148.4 bilion atau 8.6 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Pemandu, dari segi pekerjaan, sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewujudkan sejumlah 1.3 juta pekerjaan bernilai tinggi tambahan sepanjang tiga tahun lepas.

Pemandu berkata, berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Mac 2014, pekerja Malaysia menerima gaji sebanyak RM2,000 dan melepasinya, meningkat lapan peratus berbanding 44 peratus pada 2009.

Ia berkata, trend ini juga menyokong Kajian Pendapatan Isi Rumah 2012 oleh Jabatan Perangkaan.

"Kajian yang dikeluarkan baru-baru ini mendapati pendapatan bulanan isi rumah Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012, peningkatan tahunan sebanyak 7.2 peratus," katanya.

Related

PEMANDU 8629415748072315188

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item