Kumpulan Sunway : Platform Awan Untuk Pacu Transformasi Proses Perniagaan


KUALA LUMPUR, 22 Mei - Sunway Group, peneraju utama pembangunan hartanah Malaysia kini memanfaatkan platform awan untuk memacu penyeragaman, amalan terbaik dan transformasi proses perniagaan merentas operasi perolehan.

Syarikat itu beralih kepada platform awan memandangkan ia sejajar dengan misinya dalam menggalakkan inovasi dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi dan mengubah cara ia memperoleh bahan dan perkhidmatan.

Pengarah Urusan Kanan, Bahagian Hartanah dan Pembinaan, Datuk Tan Kia Loke berkata dalam ekonomi mencabar hari ini, usaha mengenal pasti peluang untuk berjimat tidak mencukupi.

"Untuk berjaya, kita mesti memastikan mereka mencapai kadar keuntungan," kata Tan dalam satu kenyataan.

Syarikat itu telah melancarkan program awannya bersama Ariba Sourcing dan Ariba Spend Analysis untuk meningkatkan ketampakannya dan pematuhan merentas lebih 100 unit perniagaan.

Sunway menjalankan lebih 1,000 acara penyumberan yang menjana penjimatan lebih RM82 juta.

Related

Malaysia News 7111007888330200935

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item