MAHB : Kami Sentiasa Membantu AirAsia


KUALA LUMPUR, 22 Mei - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menegaskan bahawa ia sentiasa melakukan lebih daripada sewajarnya untuk membantu dan menyokong AirAsia, terutamanya apabila syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), untuk memastikan perpindahan itu berjalan lancar dan berjaya.

Pengendali lapangan terbang itu berkata ia juga telah membantu AirAsia dengan menugaskan pasukan operasi penerbangannya duduk bersama pasukan AirAsia untuk memberi maklumat dan panduan kepada mereka tentang sistem agihan pintu, yang merupakan perkara baharu kepada AirAsia semasa syarikat itu berpindah ke klia2.

"Kurangnya kefahaman AirAsia tentang sistem itu telah menyebabkan hampir 200 perubahan pintu dibuat pada hari pertama ia beroperasi di klia2, dan ini mengakibatkan kesulitan besar bagi penumpang.

"Melalui kerjasama dengan mereka, kami berjaya mengurangkan perubahan pintu kepada kurang daripada 10 sehari," kata MAHB dalam satu kenyataan Khamis.

MAHB berkata pihak pengurusan dan kakitangannya membantah kenyataan AirAsia bahawa ia telah membuli syarikat itu dan rakan kongsi perniagaan MAHB yang lain.

"Dengan matlamat membina perkongsian yang lestari dan rasa hormat antara satu sama lain, yang cuba sedaya upaya dicapai oleh MAHB bersama dengan pasukan operasi AirAsia, kami berharap kepimpinan AirAsia akan memperlihatkan contoh yang betul ke arah mencapai matlamat bersama ini," kata MAHB, yang rakan kongsi perniagaannya terdiri daripada sejumlah 60 syarikat penerbangan antarabangsa yang dibantunya di 39 lapangan terbangnya.

Pada 19 Mei, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, menyatakan dalam akaun twitternya yang berbunyi: "Seperti yang saya berulang kali katakan, Malaysia Airports perlu sedar bahawa syarikat penerbangan menyumbang kepada pertumbuhannya. Ia perlu bekerjasama dengan syarikat penerbangan, bukan membuli mereka."

MAHB menjelaskan bahawa Sistem Pemprosesan Penumpang Guna Sama (CUPPS) SITA yang merangkumi sistem daftar masuk di klia2, serupa dengan yang digunakan di Terminal Utama KLIA dan ia bertindak sebagai sistem sokongan.

Sistem SITA ini, yang digunakan di lebih 200 lapangan terbang utama di seluruh dunia, membolehkan penggunaan optimum kaunter daftar masuk, yang boleh digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan. Ia memendekkan barisan beratur, sekali gus mengurangkan masa menunggu, katanya.

Related

Malaysia News 8636696585195957792

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item