Metaltech 2014 Sasar Jualan RM1 Bilion Tahun Ini


KUALA LUMPUR, 22 Mei - Penganjur Metaltech 2014, Trade Link ITE Sdn Bhd, menyasarkan untuk mencapai jualan serta merta sebanyak RM250 juta dan mengunjurkan jualan susulan bernilai RM1 bilion hingga ke akhir tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pameran tahunan peralatan mesin, kerja logam dan pembuatan itu menampilkan sebanyak 3,000 teknologi terbaru dari sembilan profil khusus serta memberi peluang jualan dan perangkaian kepada pembekal dan pembeli.

Sementara itu, dalam ucapannya pada pelancaran Metaltech 2014 di sini Khamis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Ewon Ebin, berkata pameran itu telah meletakkan Malaysia dalam peta sebagai hab teknologi dan pembuatan dalam industri peralatan mesin, kerja logam dan pembuatan.

Ucapannya telah dibacakan bagi pihaknya oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya.

"MOSTI telah menetapkan 2014 sebagai Tahun Pengkomersialan MOSTI (MCY2014) untuk merapatkan jurang pengkomersialan dan bertindak sebagai pemangkin bagi pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"MOSTI komited menjadikan MCY2014 sebagai platform untuk mengkomersialkan produk dan perkhidmatan R&D berpotensi yang dibiayai melalui geran dan program MOSTI," kata Ewon Ebin.

Beliau juga berkata Metaltech memainkan peranan penting kerana ia sejajar dengan visi MOSTI untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang cekap, yakin dan inovatif dalam memanfaatkan, menggunakan dan memajukan sains dan teknologi ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Metaltech 2014, yang meraikan ulang tahun ke-20nya, telah berkembang teguh tahun demi tahun dengan penghantaran kelengkapan yang dipamerkan dalam acara itu melonjak lebih daripada 90 peratus, daripada 42 tan metrik tahun lepas kepada 80 tan metrik pada 2014.

Dengan tumpuan kepada usaha memadankan dan mereka cipta teknologi, Metaltech menampilkan lebih 1,800 penyedia teknologi kerja logam dan peralatan mesin dari 37 negara.

Pameran yang dijadualkan dari 21 hingga 24 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini itu, akan juga menyediakan sejumlah enam astaka negara dari Austria, China, Jerman, Korea, Singapura dan Taiwan.

Related

Malaysia News 9120528107703732102

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item