Lebih banyak saham bakal hilang status syariah

https://brokersmalaysia.blogspot.com/2014/05/lebih-banyak-saham-bakal-hilang-status.html
KUALA LUMPUR 15 Mei - Pengenalan Kaedah Saringan Syariah baharu oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bermula November 2013, mengakibatkan beberapa saham di Bursa Malaysia bakal kehilangan status syariah, apabila senarai baharu dikeluarkan hujung bulan ini.

Menurut kajian itu, sembilan saham tersebut berpotensi kehilangan status berkenaan kerana tidak berjaya mematuhi tanda aras nisbah kewangan yang ditetapkan. SC menetapkan tanda aras itu meliputi dua perkara iaitu tunai dan hutang ke atas jumlah aset.
Tunai dan hutang yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen konvensional atau hutang yang berteraskan faedah. Manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen dan pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
Setiap nisbah itu bertujuan menilai riba dan elemen-elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat dan mestilah kurang daripada 33 peratus.
Berdasarkan senarai RHB Research Institute, empat daripada sembilan saham itu mempunyai nisbah tunai ke atas jumlah aset melebihi 33 peratus, iaitu Petronas Chemicals (36.6 peratus), Faber (53.8 peratus), Prestariang (38.4 peratus) dan Padini (40.3 peratus).
Sementara lima lagi mempunyai nisbah tunai ke atas jumlah aset melebihi 33 peratus iaitu Perdana Petroleum (44 peratus), SapuraKencana (46.4 peratus), NCB Holdings (38.2 peratus), MAS (53.8 peratus) dan AirAsia X (49.9 peratus).