MIMOS unjur RM2b peluang pasaran


KUALA LUMPUR 14 Mei - MIMOS Berhad (MIMOS) mengunjurkan dapat mencapai lebih RM2 bilion peluang pasaran dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui sokongan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Internet Segala-galanya (IoT) yang dijangka dibentangkan kepada kerajaan Oktober ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, setakat ini, MIMOS telah berjaya menjana sehingga RM7 bilion perniagaan dalam sektor ICT di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10.

Katanya, pelaksanaan IoT itu akan menyaksikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di rantau ini yang mengambil langkah melaksanakan inisiatif tersebut.

"IoT ini amat penting buat negara dan kita tidak mahu ketinggalan di belakang berbanding negara-negara lain dari segi kemajuan sains dan teknologi," katanya selepas Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal IoT di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid; Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Zulkifli Mohamed Hashim dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Dr. Mohd. Yusof Salim.

Bengkel selama dua hari itu yang menghimpunkan pakar-pakar industri sehinggalah ahli akademik merupakan langkah pertama MIMOS untuk membangunkan Pelan Induk Kebangsaan IoT yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk landskap ICT negara dan membuka lebih banyak peluang di bawah teknologi tersebut.

Antara agensi yang terlibat pada bengkel tersebut termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Institut Jantung Negara (IJN), Cisco Systems, Celcom Axiata Berhad, Intel, Oracle Corporation dan Microsoft.

Menurut Abdul Wahab, IoT menunjukkan perkembangan yang pesat selepas internet pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada 1992.

"MIMOS telah mengambil pendekatan dengan mengaplikasikan penyelidikan dalam ICT bagi meningkatkan daya saing negara dan meletakkan inovasi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak 1985," katanya.

Sementara itu, Zakri berkata, pelaksanaan pelan induk itu secara tidak langsung dapat merealisasikan Inisiatif Sains Untuk Tindakan (S2A) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November lalu. Inisiatif S2A berdasarkan kepada tiga teras utama iaitu Sains untuk Industri, Sains untuk Kesejahteraan dan Sains untuk Tadbir Urus.

"IoT akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Inisiatif S2A dan membuka banyak peluang dalam era digital hari ini sekali gus menyumbang RM1.7 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara(GNI) dan mewujudkan 14,720 peluang pekerjaan menjelang 2020," katanya.

Related

MIMOS 3909227333117816692

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item