Malaysia Akan Raih Lebih Banyak Pelaburan Daripada Penyertaannya Dalam Expo Milano 2015


PUTRAJAYA, 15 Mei - Pameran Expo Milano 2015 akan menjadi platform bagi Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ekspo antarabangsa itu berbaloi disertai kerana ia akan menarik pelaburan daripada hingga 20 juta orang yang dijangka mengunjungi pameran yang akan berlangsung selama lima bulan bermula 1 Mei, 2015 itu.

Dukascopy Bank SA"Apa yang kita harapkan ialah dapat menarik lebih banyak pelaburan daripada apa yang kita laburkan," kata beliau pada pelancaran tertutup Astaka Malaysia bagi Expo Milano 2015 di sini Khamis.

Ekspo bertema, "Feeding The Planet, Energy For Life" yang akan diadakan di Milano, Itali itu bertujuan membincangkan tema universal dan kompleks, iaitu makanan dan pemakanan.

"Kali ini, perdagangan dan pelaburan akan diberikan tumpuan yang kukuh dan kita berharap untuk menyaksikan lebih ramai pengunjung," kata beliau.

Muhyiddin berkata pada Sept 2012, Kabinet bersetuju agar Malaysia mengambil bahagian dalam ekspo itu kerana ia sejajar dengan tumpuan Malaysia terhadap penggalakan perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata tujuan Malaysia menyertai pameran itu ialah untuk memperkenalkan negara ini sebagai destinasi pelaburan pilihan yang maju.

Ia juga bertujuan untuk mempamerkan pelbagai keupayaan Malaysia dan menangkis publisiti negatif terutamanya terhadap produk minyak sawit dan produk berasaskan hutan.

"Ia juga bertujuan menonjolkan kemajuan teknologi dan inovasi; mempromosikan industri pelancongan dan hospitaliti; dan mempamerkan warisan budaya dan tradisi Malaysia," tegas Muhyiddin.

Pameran itu akan juga menonjolkan agenda transformasi negara iaitu kemampanan dan keterangkuman dengan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara Program Transformasi Ekonomi, terutamanya dalam sektor pertanian, kelapa sawit dan getah asli.

Related

Malaysia News 7111889729349515932

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item