MAS temui bank bincang pemulihan strategik


SINGAPURA 13 Mei - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan pemegang sahamnya dilaporkan mengadakan perbincangan dengan bank-bank bagi pemulihan strategik syarikat termasuk penjualan setengah daripada unit kejuruteraannya serta menaik taraf pesawat lama,

Menurut sumber yang terlibat dalam perbincangan tersebut, terdapat ura-ura sebelum ini yang mengatakan MAS mungkin memerlukan bantuan kewangan daripada Khazanah Nasional Bhd., yang memiliki 69 peratus kepentingan syarikat berkenaan sebelum kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sumber itu berkata, perbincangan itu dihadiri oleh para pegawai MAS, Kementerian Pengangkutan dan Khazanah serta beberapa buah bank termasuk CIMB Group Holdings Bhd.

Jurucakap Khazanah bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara terbabit.

MAS sebelum ini, berhasrat untuk memulihkan kedudukan kewangan syarikatnya selepas mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut tetapi penganalisis menjangkakan kerugian yang dialami bakal berterusan ekoran kehilangan MH370 yang dilaporkan terhempas di Lautan Hindi.

Syarikat itu turut menghadapi persaingan sengit daripada AirAsia Bhd. dan AirAsia X bagi laluan tempatan dan jarak jauh.

"Antara langkah yang pasti diambil oleh pihak MAS adalah berkaitan dengan perniagaan kejuruteraan, IPO serta perdagangan jualan," kata sumber yang enggan dikenali.

Menurutnya, langkah seterusnya adalah untuk memulakan proses lelongan rasmi bagi unit kejuruteraan.

"Berdasarkan beberapa pilihan yang mereka ada sekarang, satu perkara yang mudah untuk dilakukan adalah mengurangkan pegangan untuk beberapa tahun," kata sumber perbankan berkenaan.

Faktor muatan syarikat penerbangan itu turut mencatatkan penurunan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370 selain saham MAS yang dilaporkan mengalami kerugian hampir 20 peratus.

Satu sumber perbankan yang lain berkata, syarikat penerbangan itu memerlukan pelan untuk mengembalikan keuntungan syarikat.

Pada tahun kewangan berakhir Disember 2013, kerugian MAS meningkat hampir tiga kali kepada RM1.17 bilion berbanding tahun lalu.

Related

MAS 8616341166542387322

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item