Defisit fiskal dijangka 3.5%


KUALA LUMPUR 13 Mei - Inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan defisit fiskal, diteruskan tahun ini dan menunjukkan peningkatan serta menampakkan hasil dengan defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3.5 peratus tahun ini.

Hutang Kerajaan juga dijangka berkurangan pada kadar 54.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan terus berada di bawah kadar siling hutang kerajaan sebanyak 55 peratus, menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, momentum positif tersebut disokong oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif pembangunan strategik (SRI) Pembaharuan Kewangan Awam yang bertujuan untuk meningkatkan hasil Kerajaan dan menguruskan perbelanjaan secara berhemat.

Beliau berkata, dengan usaha Kerajaan untuk sentiasa kekal dalam mentadbir kewangan dengan cara bertanggungjawab, Malaysia diyakini berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai bajet seimbang pada 2020.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi 2013, SRI Pembaharuan Kewangan disasarkan untuk menyokong matlamat Kerajaan bagi mengurangkan belanjawan defisit menjelang 2015 dan belanjawan hampir neutral pada tahun 2020.

Menurut Pemandu, inisiatif tersebut dibangunkan sejajar dengan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB) dan telah dikendalikan sejak 2011 lagi dan dilaksanakan sehingga 2015.

Antara inisiatif yang dilaksanakan menerusi Pembaharuan Kewangan Awam ialah pengukuhan pentadbiran dan pematuhan cukai, perolehan telus, kawalan kewangan dan lain-lain seperti perakaunan akruan serta asas cukai yang lebih luas.

Menurut Laporan Tahunan tersebut, menerusi inisiatif pengukuhan pentadbiran dan pematuhan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengenal pasti hampir 70,000 syarikat berdaftar sebagai pembayar cukai baharu.

Ia dilaksanakan dengan pemadanan data dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan data Sistem Pemantauan Berpusat (CMS) yang merupakan sistem baharu yang dibangunkan.

Menurut laporan itu lagi untuk meningkatkan kecekapan dalam pembayaran dan kutipan cukai, LHDNM telah meningkatkan bilangan bank yang sedia ada untuk pembayaran cukai, memperkenal mobile filing (m-filing) bagi mewujudkan satu saluran baharu untuk mengemukakan penyata cukai, melaksanakan inisiatif `pra-isi’ untuk orang awam dan majikan, selain panggilan telefon dan peringatan secara automatik kepada pembayar cukai yang mempunyai tunggakan cukai yang besar.

Pelaksanaan itu membolehkan LHDNM mengutip hasil tambahan sebanyak RM1.8 bilion tahun lepas selain menyumbang kepada peningkatan kutipan cukai langsung yang berjumlah RM127.02 bilion berbanding RM116.94 bilion tahun sebelumnya , kata Pemandu dalam laporannya.

Related

PEMANDU 704589862104347985

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item