Pencapaian GTP, ETP 2.0 Serlahkan Kemampuan Malaysia Jadi Negara Maju Menjelang 2020


KUALA LUMPUR, 12 Mei - Laporan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2.0 jelas menunjukkan perkembangan memuaskan dan mampu membawa kerajaan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata pelbagai perubahan positif dapat dilihat selepas kerajaan memperkenalkan kedua-dua program itu terutamanya dalam menjana pendapatan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.

"Dahulunya rakyat hidup dalam serba kekurangan namun dengan pelbagai bantuan kerajaan telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka, contohnya kadar kemiskinan juga sudah berkurangan.

Yang lebih penting kita masih ada lima hingga enam tahun lagi untuk mencapai negara maju dan kerajaan masih memerlukan sokongan semua rakyat agar memastikan negara dapat mencapai sasaran negara maju menjelang tahun 2020," katanya selepas pembentangan Laporan GTP 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Wisma Angkasapuri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata laporan lengkap prestasi mengenai perkembangan kemajuan negara turut dirasai oleh rakyat tidak kira golongan bandar dan luar bandar.

"Golongan dewasa sehinggalah ke anak-anak prasekolah juga merasai perkembangan yang positif seperti imbuhan dan bantuan transformasi yang diberikan untuk meringankan beban mereka," katanya.

Menurut laporan yang dibentangkan, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) keempat iaitu meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, kadar kemiskinan telah menyusut kepada 1.7 peratus pada tahun 2012 manakala kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pencapaian positif serta memuaskan telah dapat dilihat pada tahun ini walaupun kerajaan masih mempunyai beberapa tahun lagi untuk mencapai sasaran negara maju menjelang tahun 2020.

"Mereka menyasarkan golongan sebenar yang memerlukan perhatian dan mengurangkan kesusahan mereka ... melalui pelbagai program transformasi ternyata ramai golongan yang memerlukan telah berjaya diberi bantuan," katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pendekatan bercirikan kemanusiaan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 sangat menyentuh hati dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

"Biasanya pembentangan laporan sebegini adalah dalam bentuk statistik, namun dengan pendekatan kemanusiaan seperti berkongsi pengalaman mana-mana individu yang telah merasai manfaatnya maka ia bukan sahaja memberi pemahaman yang lebih mudah malah ia juga sangat menyentuh hati rakyat," katanya.

Ahmad Shabery mencadangkan mana-mana kerajaan negeri sama ada ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang supaya dapat menggunakan pendekatan sedemikian untuk membentangkan mana-mana laporan mereka.

Ketika membentangkan laporan GTP, Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman beberapa individu yang berjaya dalam pelbagai bidang antaranya dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Klinik 1Malaysia dan Program 1AZAM.

Related

Malaysian News 1352190189528038364

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item