Perisian Perlindungan Data Baharu Kini Boleh Didapati Di Pasaran


KUALA LUMPUR, 23 Mei - Perisian baharu, DR Prophet 3.0 kini boleh didapati di pasaran tempatan untuk membantu mengukuhkan perlindungan data bagi Windows, Windows snapshots dan pangkalan data Oracle pada AIX.

Pemaju perisian, ProphetStor Data Services Inc berkata produk itu menyediakan perlindungan data tanpa sempadan dan pemulihan bagi perisian ditakrifkan storan (SDS) bagi pengkomputeran awan, analitik data besar, HPC (pengkomputeran berprestasi tinggi) dan OpenStack.

Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chen berkata syarikat itu secara proaktif menangani cabaran dalam persekitaran storan maya dengan menyediakan perlindungan data yang komprehensif.

Beliau berkata produk terbaharu itu akan membantu memelihara sistem pengeluaran data kepada storan penyandaran dan melindungi sepenuhnya data daripada kegagalan sistem.

Ciri-ciri penting lain perisian itu ialah ia akan melindungi data secara automatik melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan dan keperluan prestasi sistem dengan campur tangan manusia yang minimum.

Ia juga sangat mesra pengguna dan boleh dikendalikan secara berpusat, seterusnya mengurangkan kerumitan pentadbiran dan masa.

Related

Malaysia News 7898375084022121607

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item