Petronas Gas Catat Peningkatan Untung Pracukai Suku Pertama


KUALA LUMPUR, 6 Mei - Keuntungan sebelum cukai Petronas Gas Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2014 meningkat kepada RM543.206 juta daripada RM485.889 juta dalam suku yang sama tahun lepas, dengan sumbangan daripada segmen pengegasan semula.

Syarikat itu berkata pendapatannya bertambah 15.8 peratus kepada RM1.054 bilion daripada RM910.443 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Petronas Gas mengaitkan peningkatan pendapatan ini kepada bermulanya operasi terminal pengegasan semua gas asli cecair dalam suku kedua tahun lepas.

Bagaimanapun, peningkatan ini diimbangi sebahagiannya oleh pendapatan pemprosesan gas yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan jumlah eksport dan penurunan harga propana dan butana, kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Segmen pemprosesan gas, utiliti dan pengegasan semulanya masing-masing mencatatkan keuntungan berjumlah RM176.9 juta, RM47.7 juta dan RM75.2 juta.

Tentang prospek perniagaan, Petronas Gas menjangka untuk terus mencapai pulangan yang mampan dan teguh kerana struktur Perjanjian Pemprosesan Gas baharu dan Perjanjian Pengangkutan Gas berkuat kuasa 1 April, 2014 tidak banyak berbeza dengan struktur sebelumnya.

"Perniagaan pengegasan semula kumpulan ini akan memberikan pendapatan tambahan daripada operasi setahun penuhnya dalam tahun kewangan semasa," katanya.

Syarikat itu berkata pendapatan daripada pemprosesan gas dan pengangkutan gas akan kekal stabil dan ia menjangkakan langganan utiliti yang lebih tinggi oleh pelanggan petrokimia.

Segmen pengegasan semula dijangka memberikan sumbangan positif kepada keuntungan kumpulan melalui operasi setahun penuhnya.

Ini adalah disebabkan oleh penyimpanan kapasiti oleh Petronas bagi bayaran pengegasan semula dan simpanan di bawah Perjanjian Perkhidmatan Pengegasan Semula.

Related

Petronas 6881118456184218523

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item