Korea Selatan, Malaysia Berusaha Jayakan 'Gelombang Kedua' Dasar Pandang Ke Timur


KUALA LUMPUR, 8 Mei - Malaysia dan Korea Selatan sedang berusaha menjayakan 'gelombang kedua" Dasar Pandang ke Timur (DPT) bagi tempoh 30 tahun lagi, dengan tumpuan terutamanya kepada bidang teknologi tinggi dan bernilai tinggi, kata Duta Korea Selatan ke Malaysia Cho Byungjae.

"Jika kita katakan fasa pertama DPT lebih tertumpu kepada latihan dan pembangunan sumber manusia, kali ini kita boleh katakan gelombang kedua lebih tertumpu kepada kerjasama perdagangan dan industri, terutama dalam teknologi hijau, teknologi maklumat dan perhubungan, di samping bioteknologi," katanya.



Duta Besar ke Malaysia itu menjawab soalan dikemukakan ketika sesi soal jawab di majlis Siri Syarahan Duta Besar, bertemakan "Perkongsian Menang-Menang Malaysia-Korea" dianjurkan oleh Institut Asia-Eropah Universiti Malaya dengan kerjasama Kedutaan Korea Selatan di sini.

Cho berkata kerajaan Malaysia menyifatkan fasa pertama Dasar Pandang ke Timur sebagai amat berjaya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengilhamkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 yang pada asalnya bertujuan agar Malaysia belajar daripada Jepun.

"Dalam hal ini, Timur bermakna Jepun dan tidak kurang juga Korea," kata duta itu yang sebelum ini bertugas di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Rusia dan Myanmar.



Cho juga berkata dari segi ekonomi, kekuatan Korea Selatan lebih kepada pembuatan manakala Malaysia cemerlang dalam sektor perkhidmatan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan kepada Program Transformasi Ekonominya.

Korea Selatan, juga, katanya, melaksanakan suatu yang sama dalam bentuk program inovasi ekonomi tiga tahun dari 2014 hingga 2016, yang dipanggil Ekonomi Kreatif.

Justeru itu, beliau berkata kedua-dua negara jelas memberi penekanan kepada inovasi dan transformasi.

Cho juga merasakan bahawa menggabungkan tenaga kerja berkualiti Malaysia, kedudukan strategik ke arah Asean dan dunia Islam dengan pasaran pembuatan berteknologi tinggi serta pasaran kejiranan seperti China dan Jepun, mungkin menjadi asas yang baik dalam membina perkongsian ekonomi dan memupuk hubungan.

Ditanya mengenai pertukaran rakyat kepada rakyat, duta itu berkata ia adalah satu elemen penting bagi persahabatan dan perkongsian dalam meningkatkan hubungan dua hala bagi asas yang lebih kukuh.



"Kami dapati Malaysia juga suka gelombang budaya Korea seperti lagu pop Korea (K-Pop), drama, makanan dan sebagainya dan semua ini menyumbang kepada peningkatan pertukaran rakyat kepada rakyat," katanya.

Satu lagi ciri penting, kata Cho, adalah peningkatan kesedaran di Korea Selatan mengenai konsep halal, kerana ramai rakyat Malaysia yang melawat negara itu mengadu mengenai kesukaran mendapatkan restoran halal dan tempat sesuai untuk bersolat.



"Oleh itu, kerajaan Korea kini sedar bahawa mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada kemudahan (halal) itu di mana pelancong dari Malaysia dan negara-negara lain di dunia boleh menggunakannya ketika berada di Korea Selatan," katanya.

Related

Malaysia News 8948462134158090045

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item