Pasar raya halal: Kerjasama Felda, Lulu bermanfaat

Najib Tun Razak, diiringi Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad (tiga dari kanan), melihat produk Felda Best yang dipasarkan di Lulu Hypermarket semasa melakukan lawatan ke pasar raya tersebut di Abu Dhabi hari ini.
uk Felda Best yang dipasarkan di Lulu Hypermarket semasa melakukan lawatan ke pasar raya tersebut di Abu Dhabi hari ini.

ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin usaha sama antara Felda dan Lulu Group International bagi melaksanakan konsep unik menerusi pembukaan pasar raya besar Halal di Malaysia akan meningkatkan pertumbuhan kedua-dua organisasi itu selain memberi manfaat kepada masyarakat.

Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dan Lulu Group yang bakal menyaksikan Lulu Group membuka pasar raya besar Halal pertamanya di Malaysia pada 2016.

"Banyak pihak akan memperoleh manfaat menerusi pembukaan pasar raya Lulu di Malaysia memandangkan ia akan menyediakan 2,000 pekerjaan langsung serta 5,000 pekerjaan tidak langsung," kata Najib kepada wartawan Malaysia selepas majlis pemeteraian perjanjian itu.

MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dan Pengarah Urusan Lulu Group Yusuffali M.A..

Ia juga disaksikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Lulu Group akan membuka 10 pasar raya besar Halal di Malaysia, dengan setiap pasar raya dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan di semua peringkat.

"Felda akan menyediakan kemudahan hipermarket untuk disewa oleh Lulu dan Lulu juga akan bekerjasama untuk mewujudkan pusat logistik serba moden," kata Najib.

"Pihak Lulu juga mencadangkan agar Felda terlibat dalam 'organic farming' ladang organik) kerana ia banyak permintaan di luar negara. Ini juga salah satu usaha yang akan dilakukan oleh pihak Felda," tambahnya.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, mengesahkan kedudukannya sebagai pemaju tanah bagi pembinaan bangunan Lulu Hypermarket di Malaysia.

Lulu kemudiannya akan memajak bangunan pasar raya yang dibina Felda itu untuk tempoh jangka panjang, sehingga 15 tahun.

Related

Malaysia News 888910479479295789

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item