Projek mega RM322b rancakkan ekonomi


KUALA LUMPUR  - Pemberian kontrak-kontrak kerja sektor pembinaan tempatan untuk suku pertama 2014, berada pada paras terburuknya sejak empat tahun, bagaimanapun penganalisis menjangka keadaan kembali pulih dengan pelancaran pelbagai projek mega dengan nilai mencecah RM322 bilion.

Projek-projek mega itu meliputi pembinaan lebuh raya, pusat komersial, serta termasuklah Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, milik Petronas yang bernilai RM60 bilion.

Senarai projek yang dikumpul oleh Midf Research menunjukkan antara projek tersebut ialah Transit Aliran Massa Lembah Klang Kedua (KVMRT 2) bernilai RM25 bilion, Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) bernilai RM40 bilion, Lebuhraya Pan-Borneo (RM21 bilion).

Selain itu ialah yang memberi impak tinggi ialah Kwasa Damansara milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Menara Warisan Merdeka milik Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia milik 1MDB.

Menurut nota kajian Midf Research, beberapa projek mega yang bakal dilancar itu sedikit sebanyak meningkatkan potensi pemberian kontrak kerja kepada syarikat-syarikat pembinaan tempatan, yang terjejas pada suku pertama 2014.

Pada suku tersebut, nilai pemberian kontrak kerja hanya berjumlah RM11.8 bilion, lebih rendah berbanding pada suku pertama 2013 berjumlah RM27.5 bilion dan pada suku keempat 2013 berjumlah RM23.1 bilion.

Lebih buruk lagi, syarikat-syarikat Malaysia hanya mampu memenangi tiga kontrak kerja di negara asing, pada suku pertama lalu.

“Nilai terkumpul tiga kontrak itu ialah RM780 juta yang dimenangi pada Januari, manakala tiada sebarang kontrak diterima pada Februari dan Mac," menurut nota kajian itu lagi.

Secara keseluruhan untuk suku pertama lalu, jumlah kontrak yang ditawarkan atau dimenangi hanya RM12.5 bilion, iaitu buat pertama kali berada pada paras dibawah RM20 bilion sejak 2010.

Jelas Midf Research, selain ketiadaan projek-projek mega yang dilancarkan, pelaksanaan dasar bagi mengawal kenaikan harga sektor hartanah juga menyumbang kepada pengurangan pemberian kontrak.

Mengikut segmen, kesemuanya mengalami pengurangan kontrak terutama sekali segmen kemudahan sosial yang berkurangan 71.4 peratus, bukan kediaman turutn 58.2 peratus, kediaman susut 48.5 peratus dan infrastruktur susut 48.1 peratus

Related

MRT 6027672185282643078

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item