Rakan Kongsi Bantu AirAsia Sesuaikan Dengan Klia2, Kata MAHB


KUALA LUMPUR, - Pusat Operasi Penerbangan (FOC) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), bekerjasama dengan pasukan operasi AirAsia untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan sistem baharu di klia2.

Hasil kerjasama berkenaan, kecekapan operasi syarikat penerbangan itu telah bertambah baik dan perubahan pintu telah dikurangkan dengan ketara dalam tempoh 24 jam lepas untuk meringankan kesulitan kepada para penumpang.

Selain itu, MAHB juga telah memperoleh bantuan daripada pihak berkepentingan lain seperti Malindo dan KL Airport Services (KLAS) dengan memberi tenaga kerja dan peralatan pengendalian di lapangan terbang kepada AirAsia.

AirAsia juga telah bersetuju untuk menambah pekerja untuk membantu dalam pengendalian bagasi.

"Kami gembira untuk menyatakan bahawa dengan kerjasama semua pihak, pengurusan pintu telah bertambah baik kepada hanya lapan perubahan laluan dibuat oleh AirAsia dalam tempoh 12 jam mulai 12 tengah malam hingga 12 tengah hari ini (hari ketiga), berbanding 182 perubahan pada hari pertama operasinya.

"Penghantaran bagasi juga bertambah baik kerana semua pihak bekerja keras untuk memastikan penghantaran beg bertambah lebih baik lagi sejajar dengan amalan terbaik global," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari Ahad.

Sistem pengangkutan awam juga berjalan dengan baik dengan 2,400 perjalanan dicatatkan oleh teksi dan 200 perjalanan dengan bas.

Perkhidmatan ERL juga banyak digunakan kerana sambungan mudah ke KL Sentral.

"MAHB mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di klia2, terutamanya Malindo dan KLAS kerana memberikan bantuan demi meningkatkan kelancaran operasi untuk faedah rakyat.

"MAHB terus mengadakan mesyuarat hariannya dengan AirAsia untuk memantau operasi. Bagi sistem pula, sistem daftar masuk, sistem peruntukan pintu, sistem pengendalian bagasi dan jambatan udara juga berjalan lancar," katanya.

Related

Malaysian News 2645144754748168798

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item