Zeti Akhtar Aziz - KDNK Q1 Meningkat 6.2 Peratus, Didorong Permintaan Domestik, Pemulihan Eksport Bersih


KUALA LUMPUR, 16 Mei - Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia meningkat kukuh kepada 6.2 peratus pada suku pertama 2014 berbanding 4.2 peratus pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pemulihan eksport bersih.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata permintaan domestik berkembang 7.4 peratus pada suku itu manakala penggunaan swasta kukuh pada 7.1 peratus berikutan perbelanjaan yang terus menyokong berikutan kedudukan pasaran buruh yang baik dan kadar upah yang lebih tinggi.

"Eksport kasar yang tumbuh kukuh pada suku keempat tahun lepas, terus rancak pada suku pertama tahun ini, dipacu oleh peluasan asas yang lebih luas, merentas semua segmen produk, terutama sektor elektrik dan elektronik berikutan permintaan yang lebih tinggi ke atas semikonduktor.

"Eksport kasar yang lebih tinggi juga didorong oleh harga komoditi yang lebuh tinggi, terutama minyak sawit dan gas asli cecair," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan KDNK suku pertama, di sini Jumaat.

Sementara itu, lebihan dagangan negara berjumlah RM26.4 bilion pada suku pertama, manakala rizab antarabangsa bank negara berjumlah RM424.6 bilion pada akhir Mac tahun ini.

Related

Malaysia News 6601326456943858296

Post a Comment

emo-but-icon

 
great success with umofx

Trending

Recent

Comment

.

Text Widget

Contact Us

Name

Email *

Message *

Connect Us

item